Rabu, 17 Ogos 2011

Henti minum kopi luwak-Jakim

Orang ramai dinasihatkan menghentikan sementara aktiviti meminum ‘kopi tahi musang’ atau kopi luwak sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum.

Difahamkan, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Jakim sebelum ini pernah mengadakan kajian kopi luwak di Jakarta, Indonesia pada 8 hingga 11 Jun lalu, namun fatwa berhubung kopi berkenaan belum diputuskan hingga kini.
Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, rombongan kajian itu diketuai Mufti Pulau Pinang merangkap pengerusi Panel Kajian Syariah (PKS), Datuk Hassan Ahmad, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mahamad Arifin, Timbalan Mufti Kedah, Datuk Fadhil Awang dan beberapa kakitangan Jakim.

“Tujuan kajian itu dijalankan merujuk kepada keputusan PKS kali ke-73 supaya mengadakan kajian lanjut mengenai status kopi luwak dengan mendapatkan sampel biji kopi yang keluar bersama najis musang serta melihat secara lebih dekat proses penghasilan kopi itu.


“Difahamkan rombongan Malaysia itu dibawa ke pusat pemprosesan kopi luwak di Cileungsi, Bogor bagi melihat sendiri kaedah pemprosesan kopi berkenaan,” katanya. Ahli rombongan turut dibawa menemui Majlis Ulama Indonesia (MUI) untuk bertukar maklumat selain pandangan berhubung kopi berkenaan yang difatwa halal oleh majlis ulama republik berkenaan.
Sumber Jakim itu berkata, hasil kajian itu dibawa ke Mesyuarat Panel Kajian Syariah, Jakim dan seterusnya diangkat ke Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan berhubung sama ada ia halal diminum atau sebaliknya.

“Berdasarkan lawatan itu, pihak rombongan turut mendapatkan sampel biji kopi itu membolehkan kajian terperinci dilakukan. Difahamkan pihak MUI menghalalkan kopi itu diminum dengan alasan biji kopi itu tidak menyerap kotoran najis musang serta boleh disemai dan menjadi pokok sekiranya ditanam,” katanya.hmetro

2 ulasan:

Suzie berkata...

Sejak dapat anak ke 5 dah tak boleh minum kopi ...pening kepala...

Tanpa Nama berkata...

Macam2 lah. Minum je lah kopi Hang Tuah yg paket ijau tu. kan senang. Ni minum kopi yg ber was was. huhu. Nice info.