Rabu, 10 Ogos 2011

Kad jemputan kawin Norman Hakim dan Memey


Kad undangan bersaiz segi empat sama yang cukup indah buatannya itu, tertera foto-foto eksklusif mereka berdua dalam bermacam gaya dan mood bersama persalinan serba putih rekaan Ezuwan Ismail.

Kad undangan yang direka khas oleh Luts Design dan gambar dirakamkan khas oleh jurufoto muda berbakat, Anas Easkey.

Sementara itu, menurut Norman Hakim, pihaknya telah mencetak sebanyak 1500 kad undangan berkulit keras berkenaan dan akan mula mengedarkannya kepada para jemputan bermula hari ini.

Tambahnya, beliau turut mencetak lebih banyak kad undangan yang menggunakan rekaan serupa tetapi diperpuat daripda kualiti kertas yang lebih nipis untuk diagihkan kepada tetamu lain.

Pasangan pelakon sensasi itu, dijangka akan melangsungkan pernikahan pada 24 September depan di kediaman keluarganya di Felda Tenggaroh Selatan 1, diikuti dengan majlis resepsi pada keesokan harinya dan satu lagi majlis persandingan besar-besaran bernilai RM12 juta di Crowne Plaza Kuala Lumpur.

"Ini adalah kad undangan untuk majlis persandingan kami di Kota Tinggi pada 25 September, manakala untuk resepsi di Kuala Lumpur nanti, kami serahkan sepenuhnya oleh pihak perancang perkahwinan kami di sini.

"Berita baik kerana saya baru saja menerimanya hari ini dan akan mula mengedarkannya bermula hari ini. Panas dari mesin pencetak lagi," katanya dengan nada jenaka.

Memey pula menambah, jika kebanyakan individu suka menempah kad jemputan di tanah Seberang, Indonesia sama ada Bandung atau Jakarta, dia pula sebaliknya.

"Keativiti dan harga berpatutan yang disediakan syarikat pencetakan berkenaan telah menarik minatnya untuk mencetaknya di dalam negara.

Lebih istimewa sekali, apabila Memey turut berpeluang memberi cetusan idea terhadap susun letak dan rekaan kad jemputan yang moden lagi bersih berkenaan.murai.com
Promosi besar-besaran untuk pakaian kanak-kanak, keperluan harian, barangan wanitakecantikkan, dan barangan Elektrik. Jadikan Hari Raya anda paling meriah tahun ini.

4 ulasan:

Jendela Hati berkata...

hmmmmm...

Puan Kutu berkata...

alhamdulillah kejinjang pelamin jugak..:)

Unknown berkata...

alhamdulillah kawin juga.... tension le para syaitan

Tanpa Nama berkata...

Cantik kad tu.. taniah ler kawin jgk..