Sabtu, 6 Ogos 2011

Leonel Angel berumur 7 tahun ikat kontrak dengan Real Madrid


Walaupun Ct ni bukan peminat bola sepak, tapi nak share jugalah dengan semua terutama peminat Real Madrid tentang info ini. Baru-baru ini heboh tentang Thylane Blondeau seorang Supermodel yang baru berusia 10 tahun, cuba baca yang ini pula dia lagi muda dari Thylane Blondeau.



Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Argentina, Leonel Angel mengikat kontrak dengan kelab ternama Sepanyol, Real Madrid.

Ini menjadikan kanak-kanak itu sebagai pemain termuda dalam sejarah kelab berkenaan.
Agensi berita Xinhua, China melaporkan Miguel Coira, bapa kepada Angel memberitahu stesen radio tempatan bahawa anaknya sudah mengikat kontrak dengan kelab berprestij Sepanyol itu.







"Dia amat bagus. Apa yang terbaik ialah dia seronok ketika bermain, itu yang amat penting. Dia bermain dengan pemain lebih tua dan itu yang menjadi perbezaan," kata Coira.

Kanak-kanak itu dilahirkan pada 29 Mac dan akan menjalani latihan di Real Madrid pada 6 September depan.

Promosi besar-besaran untuk pakaian kanak-kanak, keperluan harian, barangan wanita dan barangan Elektrik. Jadikan Hari Raya anda paling meriah tahun ini.

2 ulasan:

Amirul Amin berkata...

woww..hebat betol..

Jendela Hati berkata...

wah muda lagi tuh

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/