Selasa, 9 Ogos 2011

Majlis pernikahan Faezah Elai dan Heykal Hanifah- 9.9.2011 di Platino P.Pinang

Selepas puas berteka-teki siapakah yang bakal bertahta di hati Faezah Elai, 29 tahun, akhirnya tidak mampu berahsia lagi apabila didesak mendedahkan identiti siapakah sebenarnya calon suami beliau memandangkan hari bahagia yang dinanti-nantikan bakal menjelang tak lama lagi.



Calon suami pilihan saya ialah Heykal Hanifah. Tarikh pernikahan kami ialah 9 September 2011. Saya minta maaf kepada semua pihak kerana tidak berpeluang berterus-terang menjelaskan perkara sebenar sebelum ini. Saya terikat dengan perjanjian keluarga Heykal, Kata Faezah kali pertama berterus terang siapa bakal suaminya.


Selepas pengumuman ini pasti ramai tertanya-tanya, kenapa Faezah memilih duda anak tiga, berbadan gempal sebagai calon suami? Faezah menjelaskan inilah yang dinamakan jodoh dan baginya buat apa dia memilih pemuda kacak jika bermulut jahat. "Paling penting, Heykal seorang yang bertanggungjawab dan ibubapanya menerima saya seadanya," jelas Faezah.

Majlis pernikahannya akan di adakan di Platino Pulau Pinang. Majlis persandingan di pihak perempuan bakal diadakan pada 2 Disember 2011 ini di Dewan Bankuet, Markas Divisyen 2, Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung, Pulau Pinang. Manakala majlis resepsi pengantin lelaki bakal diadakan pada 4 Disember di Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang yang berkongsepkan persandingan pantai, menjadi impian Faezah selama ini.


Mengenai perkembangan lakonannya, sebaik saja selesai pernikahannya, dia akan kembali ke lokasi penggambaran filem Putera Negara arahan Datin Paduka Suhaimi Baba.



Selain dari majlis perkahwinan Norman dan Memey yang bakal berlangsung satu lagi pasangan pelakon iaitu Eira Syazira dan Azad Jasmin pula akan dijadualkan berkahwin pada November ini.
3 WORDS to describe this new cool stuff - Vivid, Fast, and Slim!



11 ulasan:

Munna berkata...

amboi...rmai dh artis nk kwin ni...bgus2 elakkan maksiat =)

juanita berkata...

mesti kaya neh...:d hehehe

AIEN NOT ALIEN berkata...

jaga-jaga ikatan perkahwinan tu.. ikat ketat-ketat.. hihi..

semoga berbahagia...

♥ cik kieranaa ♥ berkata...

akhirnya...tahniah!

rara pinkmafia berkata...

btol ckp munna.mcm dh berlumba2 dorg nk kawen.

Afuan Shah berkata...

semoga kekal n bahagia..
huuu~bnyak nau gosip nak jadi retiss ni..

b a m b a m ' s berkata...

elok lar tuh kawen cepat2.. :P

HAJAR AZMAN :| berkata...

Cantiknye dia;)

nuruhuda_329 berkata...

semua org dh nak kawen huaaaaaaaa @_@

zety berkata...

dah jodoh la tu..alhmdllh

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

slalu gitu kan..yg cntik,psgn nye mcm kureng sikit...opsss.xbaik..bukan ape,itu namenye jodoh ..betullah kata faezah tu..buat apa rupe je hensem kalo ati busuk ...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/