Ahad, 14 Ogos 2011

Nabil Raja Lawak dan Nazirah Ayub bakal berkahwin September 2011

Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi, Ahmad Nabil Ahmad, 28, membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.
Pasangan yang mengaku mula bercinta sejak setahun lalu itu memilih 30 September ini sebagai hari bersejarah untuk disatukan sebagai suami isteri, diikuti majlis resepsi yang berlangsung di I-City Shah Alam pada 2 Oktober 2011.
Saya mengenai Zira sudah enam tahun, dia rapat dengan adik ipar saya. Tapi kami hanya kenal saja, tak rapat dan bercakap jauh sekali. Bagaimanapun, hubungan kami menjadi semakin akrab sejak awal tahun ini. Saya melihat kelebihan pada Zira yang tidak ditemui pada gadis lain. Saya suka sikapnya yang tidak suka menunjuk-nunjuk dan iklas. Keistimewaan Zira itulah membuatkan hati saya terbuka untuk melamarnya sebagai isteri
Perkahwinan Nabil & Zira juga dirancang dalam suasana penuh keserdahanaan dengan kos anggaran RM150 000 yang berkonsepkan wonderland. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang.
“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.
Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.

“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.

Semoga segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar dan selamat. Tak sabar pula nak tengok majlis perkahwinan tu nanti, ada badut tak?ohbulan

13 ulasan:

Jendela Hati berkata...

amboi dah nak kawen yo ekau nabil. bagus la cpt2 la langsung.

Umedia Network berkata...

Wah!!! Sgguh bertuah itu Nabil. Mmg cantik bakal wife dia tu. huhu. :)

Lizan berkata...

nabil, lepas ni bimbing isteri, jgn sia2kan dia.. besar tanggungjawab suami nih...isteri kalau tak tutup aurat..hahaa.. hawapannya sendiri mau ingat laaa..apa2 pun tahniah.

♥ cik kieranaa ♥ berkata...

semoga mereka bahagia.

cik pha berkata...

baguslah dah nk kwen..semoga dia kekal ke cucu amin!

Puan Kutu berkata...

paper hari nie ada kisah dieorg kan?semoga bahagia ke jinjang pelamin..:)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

eemm..elok la tu...kawen cepat2....

meaw berkata...

moga berpanjangan hubungan dia ...amin

Afuan Shah berkata...

kawen la cepat..dan semoga berkekalan..:)

NzA berkata...

cantik makwe nabil...

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

lawa bakal wife nyer .. semoga hati pun selawa rupa .. ;)

beluncas ^.^ berkata...

nak kwen dahh nabill .. hihieee

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
pzai suka lah ni kat peminat no1

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/