Isnin, 1 Ogos 2011

Penyanyi Hasnah Haron, Meninggal Dunia akibat kanser


Penyanyi terkenal era enam puluhan dengan irama Pop Yeh Yeh, Hasnah Haron kembali ke Rahmatullah jam 8 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hosiptal Sultan Ismail, Pandan, Johor Bahru. Allahyarham Hasnah dikesan menghidap kanser servik sejak awal tahun ini.

Dia dimasukkan ke wad hosiptal berkenaan sejak seminggu lalu. Ia berikutan penyakitnya mula merebak dan menjangkiti buah pinggang. Jenazah Allahyarham di bawa ke kediamannya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru untuk urusan pengkebumian. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Alif, Tampoi petang ini. Allahyarham meninggalkan enam anak.

Ketika era kegemilangannya, Allahyarham Hasnah sering membuat persembahan dengan diiringi kumpulan Les Kafilas.beritatv3

Up date-2 ogos 2011
“Seminggu lalu ketika mengejutnya dari tidur, dia sempat berkata, ‘aku ni dah nak pergi’. “Saya tidak sangka hari ini (semalam) hasratnya untuk pergi dalam keadaan baik tercapai apatah lagi ia berlaku pada hari pertama Ramadan,” kata anak sulung penyanyi popular lewat 1960-an Allahyarhamah Hasnah Haron, 65, yang meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim di sini, pagi semalam.

Haslinda Mohd Eunos, 39, yang ditemui di kediaman Hasnah di Jalan Padi Mahsuri Dua, Bandar Baru Uda di sini, berkata, dia sekeluarga reda dengan pemergian ibu mereka kerana tidak sanggup lagi melihat penderitaannya sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, penyakit ibunya dikesan Januari tahun lalu sebelum mereka sekeluarga menghantar Hasnah untuk menjalani pelbagai rawatan termasuk kimoterapi dan perubatan Islam.

“Sabtu lalu, ketika menemani mak mendapatkan rawatan berlandaskan kaedah perubatan Islam di Masjid Kampung Pasir, Tampoi, kami dimaklumkan kanser dihidapnya sudah merebak ke paru-paru malah, buah pinggangnya juga membengkak.

“Kami lima beradik sepakat merahsiakan hal berkenaan kerana tidak mahu membebankan hati serta fikiran ibu,” katanya.

Menurutnya, ibunya dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Rabu lalu selepas mengalami sesak nafas.

“Ketika dimasukkan ke HSI, ibu sukar makan dan minum kerana kanser di tekak, malah sejak jam 6 pagi (semalam), ibu juga mula tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian di samping kami lima beradik serta saudara terdekat,” katanya.

Haslinda berkata, pengalaman menjaga ibunya adalah anugerah Tuhan yang paling bernilai buat mereka.

“Waktu paling saya tidak dapat lupakan ialah ketika saat akhir kami menjaganya, ia amat menuntut kesabaran kerana menjaga ibu ketika itu umpama menjaga bayi.

“Itulah saat paling bernilai, biarpun masih bersedih namun saya tetap gembira kerana ibu pergi dengan tenang pada bulan mulia ini,” katanya.

Seawal jam 10 pagi semalam, kediaman Hasnah mula dibanjiri saudara dan rakan terdekat.

Jenazah arwah tiba kira-kira jam 11.45 pagi dari HSI sebelum disembahyangkan di masjid berhampiran. Sementara itu, suasana pilu menyelubungi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah apabila keluarga, saudara dan kenalan terdekat arwah hadir memberikan penghormatan terakhir kepadanya sebelum jenazah disemadikan tepat jam 2.15 petang.

9 ulasan:

Umedia Network berkata...

Al-Fatihah.... Btw, nice info..

teratai berkata...

Innalillah...alfatihah buat arwah

Izan Ishak berkata...

alFatihah...

Tokan berkata...

al fatihah...saya amat meminati allahyarham dgn lagu2 beliau biarku bersedih dan ku pakai kaca mata....

iMBobo berkata...

al fatihah buat arwah..

Puan Kutu berkata...

takziah buat keluarga aruah..Al-fatihah..

NzA berkata...

Al-fatihah...

Tinta Emas berkata...

terima kasih krn info ini..

al-fatihah untuk keluarga arwah...

Jendela Hati berkata...

Innalillah...alfatihah buat arwah... ct, mak sy minat dgn arwah nie sampai dulu masa mak bujang kwn2 mak gelar mak hasnah harun...huhu

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/