Isnin, 22 Ogos 2011

Program dan rancangan menarik sempena Aidilfitri 2011 di TV3

Meneruskan tradisi tahunan, TV3 milik Media Prima Berhad menampilkan sesuatu yang lebih istimewa pada sambutan Aidilfitri. Tahun ini dengan bertemakan 'Salam Syawal', TV3 sudah menyediakan dengan menayangkan beberapa program dan rancangan menarik untuk tontonan seisi keluarga.

VARIASI:
-Sampaikan Merdeka Raya - Menjelang Raya, 29 Ogos, 11.00malam
Artis yang terlibat:Shiha Mentor, Jac, Black, Awi Rafael, Mila Jirin, Aizat Amdan, Alyah, Dayangku Intan, Shermaine (Dapur Nyonya) dan Pelakon Juvana.

-Fuhhh! Merdeka Raya – Raya Kedua (Rabu), 31 Ogos , 11.00malam

-Siapa Terhebat? - Raya Ketiga, 1 September (Khamis), 7.00malam

-Melodi Raya Episod 1 – Raya Keenam, 4 September. 12.30tengahari
Episod 1 dihoskan oleh pengacara sensasi yang semakin serasi dengan program Melodi, Zizan dan Dira Abu Zahar.
-Melodi Raya Episod 2 – Raya Ke-13, 11 September (Ahad), 12.30tengahari
Episod 2 pula memaparkan sesi temubual sensasi yang dikendalikan oleh Wahid Senario dan Dira Abu Zahar bersama 2 pengacara jemputan iaitu Raja Azura dan Sharifah Shahira.

-Jangan Tidur Lagi Raya – Raya Keenam, 4 September, 11.00malam

-Mentor Raya – Raya ke-13, 11 September (Ahad), 9.00malam
Konsert edisi khas sempenan hari raya ini menyaksikan persembahan hebat daripada protoge Mentor musim ke-5, Salma, Shiha, Iqa, Ratnah, Aiman dan Ayish. Istimewanya, rancangan ini juga turut diserikan oleh Mas Idayu dan protogenya, Black selain mentor-mentor lain seperti Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Erra Fazira dan Noh Hujan.

-Kamilah Juara - Raya Kedua, 31 Ogos, 7.00malam

MUZIKAL:
-Sedetik Muzik - Raya Kelima, 3 September, 5.00petang
Dihoskan oleh Fara Fauzana, konsert ini bakal menggandingkan 5 orang artis baik dari generasi lama mahupun yang bar. “Sedetik Muzik” menampilkan nama-nama yang bakal mengegarkan pentas seperti Shila Amzah, Datuk M. Nasir, Datuk Khadijah Ibrahim, Azlan & The Typewriter dan Black.

-3 Gegaran - Raya Keenam, 4 September, 5.00petang
3 Gegaran menyaksikan gabungan Lefthanded, May dan XPDC bersatu di pentas bagi menghiburkan dan menghilangkan rindu peminat kepada mereka.

MAJALAH:
-Istimewa Majalah Tiga ‘Banzai Raya’ – 27 Ogos, 9.00malam
-Istimewa Jejak Rasul - Menjelang Raya, 29 Ogos, 11.00pagi
-Istimewa Malaysia Hari Ini – Raya Pertama & Kedua, 30 & 31 Ogos, 6.30pagi
-Inilah Rayaku - Raya Pertama, 30 Ogos, 1.00tengahari
-Takbir Kembali - Raya Ketiga, 1 September, 1.00tengahari
-Raya Bapa Merdeka – Raya Kedua, 31 Ogos, 1.00tengahari.
-Di Bawah Rimbunan Madrasah – Raya Keempat, 2 September, 1.00tengahari
-Al Hidayah Raya – Raya Keempat, 2 September, 1.30tengahari
-Al Kuliyyah Aidilfitri - Raya Keempat, 2 September, 5.00petang
-Nona Raya – Raya Keenam, 4 September, 2.00petang

DRAMEDY:
-Dari Kedah Ke KL – Raya Pertama, 30 Ogos 2011, 10.00pagi
-Senario Raya Hero Cilik – Raya Keempat, 2 September, 11.00malam
-Kopi Susu Kopi O – Raya Kelima, 3 September, 11.00malam

SKRIN RAYA:
-Duyung - Minggu Raya Pertama, 2.00petang
-Jin Notti - Minggu Raya Pertama, 3.00petang
-Senario Ep 1 - Minggu Raya Pertama, 2.00petang
-Syurga Cinta - Minggu Raya Pertama, 2.00petang
-Kecoh Betul - Minggu Raya Pertama, 2.00petang
-Susuk - Minggu Raya Pertama, 5.00petang

FILEM RAYA:
-Jangan Pandang Belakang Congkak - Minggu Raya Pertama, 5.00petang
-Momok The Movie - Minggu Raya Pertama, 5.00petang
-Brainscan 21 - Minggu Raya Pertama, 6.00petang
-Ladyboss - Minggu Raya Pertama, 6.00petang
-Congkak - Minggu Raya Pertama, 6.00petang
-Adnan Sempit – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
-Zoo - Minggu Raya Pertama, 9.00malam
-4 Madu – Minggu Raya Pertama, 9.00malam
-Senario Beach Boys – Minggu Raya Pertama, 9.00malam

TELEMOVIE RAYA:
-Pusing Beraya, 27 Ogos 2011, 10.00malam

-Sinopsis Cintaku 120KM/J, Menjelang Raya, 29 Ogos 2011, 9.00malam.
Rahmat merupakan seorang pemuda berasal dari kampung yang bekerja sebagai mekanik kereta dia Kuala Lumpur . Selepas memperbaiki kereta milik orang kaya di Kuala Lumpur, Rahmat menyimpan cita cita utk menyambung pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Automasi suatu hari nanti. Di Kampung Rahmat mempunyai seorang kawan bernama Aril yang bercita cita ingin mejadi artis.

-Sinopsis Pusara Di Lebuh Raya, Raya Pertama, 30 Ogos 2011, 11.00pagi
Hakimi merupakan pemandu bas ekspres telah bernazar ingin membawa ibu bapanya mengerjakan umrah jika mendapat anak setelah 5 tahun menanti. Hatinya sering tertangguh malah ada sahaja masalah kewangan yang dihadapi sehingga anaknya menjagkau usia 4 tahun 

-Sinopsis Sakura, Raya Kedua, 31 Ogos 2011, 11.00pagi
Ia berkisar kisah Sakura, seorang gadis Jepun yang datang ke negara ini demi menyampaikan amanat datuknya yang ingin memohon kemaafan. Ini kerana, ketika Jepun menjajah Tanah Melayu suatu ketika dulu pelbagai kemusnahan sudah berlaku dan datuk Sakura kesal serta rasa bersalah. Sakura diminta mencari satu keluarga Melayu untuk memohon maaf bagi pihak datuknya atas kesilapan silam. Bersua dengan Alif yang bekerja di agensi pelancongan, dimanfaatkan Sakura untuk membantunya mencari keluarga itu. Namun, sayangnya mereka jatuh cinta. Apakah keluarga Alif akan menerima Sakura, cucu kepada seorang pengganas Jepun?

-Sinopsis Janjiku Pada Al Walid, Raya Ketiga, 1 September 2011, 11.00pagi
Khalid yang telah kematian isteri kini mengidap sakit tua dan hidup bersendirian . Dia yang sering sakit sakit mempunyai seorang anak lelaki bernama Khalifa yang telah berkeluarga dan mempunyai seorang anak lelaki, Afiq. Afiq dengan kehidupan modennya sering terlupa asal usul melayu dan ajaran Islam. Khalifa yang gagal membimbingnya tidak sanggup lagi menjaganya lalu menghantar Afiq ke rumah Khalid .

-Sinopsis Ku Petik Dosa, Raya Keempat, 2 September 2011, 11.00pagi 
Aina dan Haris berkahwin di usia yang muda dan dikurniakan anak perempuan , Nia Qaseh. Aina berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Qaseh. Qaseh menjadi anak yang lincah dan manja malah disenangi oleh jiran jiran termasuklah Kak Sal sekeluarga, Namun apabila usia Qaseh menginjak , Aina dan Haris tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membelikan Qaseh pakaian yang berjenama dan menghantar Qaseh ke sekolah tadika swasta.

-Di Telapak Kaki Bonda, Raya Kelima, 3 September 2011, 10.00malam

-Bara Cinta Ramadan, 17 September, 10.00malam
Malik ialah seorang pemandu lori sudah berkahwin dengan Rozita selama 13 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, Amran (12 tahun), Roslina (9 tahun) dan Shafik (8 tahun). Sejak berkahwin, Malik tinggal bersama mertuanya, Arpah di kampung. Arpah tidak sukakan Malik menetap di rumahnya tetapi terpaksa akur dengan keadaan demi cucu-cucunya. Seperti tahun-tahun lepas, apabila Ramadan menjelang, Malik menolak untuk bekerja lebih masa supaya dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan membawa keluarga berterawih di masjid.

Namun, tindakan Malik tidak disenangi oleh Arpah kerana sudah dua tahun Malik mengambil keputusan seperti itu. Arpah malu kerana sebahagian dari makan minum dia dan Malik sekeluarga ditanggung oleh Shamsuddin, suami kepada adik Rozita. Arpah mula berulang kali menghasut Rozita supaya memaksa Malik mencari duit sebanyak mungkin untuk persediaan 1 Syawal. Justeru itu, Rozita yang sebelum ini terkenal dengan isteri yang amat memahami, mula mendesak Malik.
Info darimediahiburan

Walaupun banyak program raya yang telah disediakan, jangan lupa pula pergi beraya, bukan duduk aje depan TV. Tak bermakna hari raya kalau tak beraya kerumah sanak-saudara dan jiran juga untuk saling bermaaf-maafan.


2 ulasan:

Farah Shamsudin berkata...

banyak betul siaran best ekk.. tapi time tu mesti sibuk nak beraya.. nak tgk pn malam jela kot..

RinnAzrinah berkata...

kalo zaman anak dara dulu.. kompom aku dok depan tv je.. malas nak kuar raye.. alasan jaga umah.. nnt org dtg umah.. umah plak x de org... hehee...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/