Khamis, 25 Ogos 2011

Sidang media khas Raja Azmi- isteri Roslin Hashim dan 2 lagi akan disaman

Pada 7 Ogos 2010, Raja Azmi dituduh berkhalwat dengan Roslin sewaktu serbuan dilakukan ke atasnya oleh bekas isteri Roslin, Norhayati Othman, 39, bersama dua adiknya serta Jailani di bilik bernombor 533, Hotel Corus, Jalan Ampang, di sini kira-kira jam 8.30 malam.
Namun begitu baru-baru ini Raja Azmi telah dibebaskan dari tuduhan khalwat tersebut. Raja Azmi Raja Sulaiman mahu mengadakan sidang media khas untuk mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku berhubung tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara, Roslin Hashim.
"Saya akan tunjukkan segala bukti dalam sidang media itu nanti untuk membersihkan nama saya yang sudah tercemar,”
Sidang media itu telah diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada Rabu(semalam), pukul 4.30 petang. Butiran lanjutnya seperti dibawah

Bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman, 39,termasuk saudara terdekat dan seorang kenalan suaminya, Jalani Sidek, adalah antara tiga individu yang akan diheret ke mahkamah oleh penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman, bagi membersihkan namanya daripada tuduhan khalwat yang dibuat ke atasnya dan bekas jaguh badminton negara itu pada 7 Ogos 2010. Kerana cinta dan wang, mereka sanggup untuk menganiayai semata-mata untuk memuaskan kehendak masing-masing.
“Saya perlu mengambil tindakan undang-undang demi maruah keluarga terutama anak dan cucu saya memandangkan kisah khalwat yang sengaja diada-adakan ini sudah tersebar luas di laman sosial.
“Saya tidak mahu satu hari nanti cucu saya membuka internet dan mendapati neneknya pernah ditangkap khalwat, sedangkan perkara itu tidak pernah berlaku. Selepas mengemukakan saman, saya akan mendapatkan perintah mahkamah supaya artikel isu khalwat saya dengan Roslin dipadamkan di internet,”
Beliau berkata pada sidang media khas dan majlis doa selamat di Hotel Concorde yang turut dihadiri Jalani, Roslin dan peguam mereka, Roslizam Rahim.

2 ulasan:

KC@ella berkata...

Raja Azmi ni tak abis-abis kontroversi, kan.

Yati berkata...

Fitnah ke? Hanya Allah maha mengetahui.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/