Isnin, 22 Ogos 2011

Sinopsis Drama bersiri Kekasihku Puyu-Slot Lagenda TV3

Slot Lagenda di TV3 adalah cerita dongeng melayu yang telah di modenkan dan siarkan setiap petang pada hari isnin sehingga khamis. Drama yang sedang di tayangkan dalam slot Lagenda buat masa ini adalah drama Laila Manja. Drama Laila Manja akan sampai kepenghujung ceritanya pada 25 Ogos 2011. Drama yang bertajuk Kekasihku Puyu akan mengantikan drama Laila Manja pula.

Sinopsis Kekasihku Puyu.
Drama ini akan di tayangkan sebanyak 20 episod. Kekasihku Puyu adalah arahan Zul Arshaad dan terbitan HNJ Pictures. Siarannya akan bermula pada 29 Ogos 2011 pada pukul 4.00 petang setiap Isnin hingga Khamis.

Kekasihku Puyu mengisahkan sepasang suami isteri, Tuan Malek dan Latifah yang dikurniakan bayi perempuan. Anehnya anak perempuan mereka lahir ditemani seekor ikan puyu. Nek Jah bidan kampung yang menyambut kelahiran bayi itu melepaskan ikan puyu itu kedalam sebatang parit kecil di kampung itu manakala bayi perempuan itu dinamakan Bidasari.

Besarnya ayam ni!-HitzFMChicken
Sesudah 23 tahu berlalu, Fahmi yang juga pengusaha kebun di kampungnya ditakdirkan bertemu ikan puyu itu. Dalam mimpinya, ikan puyu aneh itu menyuruh Fahmi menangkap dan membelanya. walaupun pelik dengan kejadian itu, Fahmi akur dengan kemahuan ikan itu. Pada keesokan harinya, selepas memasukkan ikan itu kedalam balang kaca, Fahmi terkejut apabila mendapati ikan itu mampu berkata-kata. Ikan puyu itu menyarankan Fahmi memeliharanya dengan menggunakan tujuh jenis air dan setelah menuruti perintahnya, ikan puyu itu menjelma sebagai seorang gadis cantik hanya boleh dilihat Fahmi seorang sahaja.
Gadis berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai Bidasari dan menceritakan kisah hidupnya yang malang kepada Fahmi. Sejak kematian ibu kandungnya, bapa Bidasari, Tuan Malek berkahwin dengan Suriati yang mengamalkan ilmu untuk mengekalkan kecantikkannya dan mempunyai rancangan jahat membolot harta milik Tuah Malek.

Dapatkan tip kecantikan yang mudah disini
Setelah meningkat remaja, Bidasari menjadi seorang yang sangat cantik serta bijak dan perkara ini dicemburui Suriati. Kebijaksanaan Bidasari juga membuatkan Suriati dan Habib rakan sekomplotnya khuatir rancangan jahat mereka tidak berjaya. Akibat daripada itu Bidasari diculik dan disihir menjadi ikan puyu.
Bagaimanakah kesudahannya nasib Bidasari dan apakah yang berlaku seterusnya?
Kekasihku Puyu menampilkan lakonan hebat Intan Ladyana, Mohd Fazren Mohd Rafi, Zarina Zainudin, Mak Jah, Hafizuddin dan Rizal Ayub.

Mula-mula baca tajuk drama ini, tertanya-tanya juga kenapa tajuknya macam itu. Rupa-rupa ikan puyu. 
OST Kekasihku Puyu-Jauh Di Mata

7 ulasan:

cik ika berkata...

nt nk tgk lar

NzA berkata...

mesti best nie...

ct N honey berkata...

@ika
minggu dpn bolehlah mula tgk

ct N honey berkata...

@NzA
tak tahulah dpt tgk ke tidak, sibuk nak raya dah tu

sYafIk-wAy berkata...

tak dapat nak tgk sbb dah masuk U . huhu

puanbee berkata...

bee copy sinopsis ... bee bg backlink yer ct..

Tanpa Nama berkata...

Apsal ost nye x sma ek...sy nk tau lagu yG sekarang ni...yg lelaki nyanyi...best giler