Jumaat, 19 Ogos 2011

(Video) Pengakuan bekas tentera-mengenai Undi Pos Tentera

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM)Jeneral Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata proses undi pos tentera adalah bersih, telus dan profesional tanpa sebarang campur tangan oleh semua peringkat kepimpinan angkatan bersenjata itu.

Justeru, beliau menyangkal berlakunya penyelewengan undi pos seperti yang didakwa empat bekas anggotanya dan yakin mereka telah dipergunakan pihak tertentu untuk membuat kenyataan sedemikian demi kepentingan politik mereka. Beliau menyifatkan tindakan bekas anggota ATM itu sebagai satu pengkhianatan kepada kerajaan dan ATM. Mari kita baca dan dengar komen bekas anggota tersebut.





Pengakuan Bekas askar 1
Kamarulzaman Ibrahim, 53, berkata pada pilihan raya umum 1986 dia telah menerima dua karung undi pos untuk dipangkah. “Saya terima dua karung undi pos, satu dari Parlimen... saya pangkah banyak undi bukan sahaja dari Johor tapi dari seluruh negara.“Saya tidak tahu berapa banyak saya pangkah, saya bukan pangkah satu jam atau dua jam tapi tiga hari saya pangkah (kertas undi),” katanya yang berkhidmat bersama Tentera Darat selama 10 tahun. Kamarulzaman yang bersara pada 1991 berkata, semasa memangkah kertas undi itu dia terpaksa menggunakan tiga jenis pen berlainan warna bagi mengelak dikesan.“Nak kata banyak itu saya tidak tahu banyak mana tapi tangan lenguhlah, pen tiga batang ada dalam kocek saya dan saya isu borang sampai terpaksa tanggal baju kerana panas sebab dulu mana ada kipas. “Saya perlu isi banyak nama dan pangkah banyak borang, jadi pen nak kena banyak,” katanya.
Pengakuan Bekas askar 2
Mejar (B) Risman Mastor, 64, berkata, dia diarah untuk memangkah pembangkang pada pilihan raya umum 1978 sebagai tanda protes kepada kerajaan. “Saya diarah memangkah pembangkang ketika itu, sebab ketika itu kami marah pasal gaji sebab ketika itu gaji kami sangat rendah jika hendak dibandingkan dengan guru. “Kami dianaktirikan, kami berjuang demi negara, kawan-kawan kami ada yang kudung kaki... kami berjuang demi mempertahankan negara tapi apa yang kami dapat?” katanya
Boleh baca lagi di blog cikgudahlia




Tak berani nak komen apa-apa. Yang penting bila hari mengundi nanti Ct sebagai rakyat Malaysia akan menunaikan kewajiban pada negara. Marilah..Mari..pergi mengundi...

7 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

tahun nie ker ct kita kena undi??
ayu teetinggalan ttg tahun undi....

Elly & Emmy berkata...

emm.. undi pos.. tetap rasa was2..

NMH berkata...

Allah je tahu mane betol mane salah..kita tak tahu kan..so jgn buat konklusi sendiri..hee ala nak ngundi gak!

NzA berkata...

Hanya Allah yg tahu segalanya dan biar Allah yg membalas segalanya..kita xmampu utk menilai...

MR. MIND berkata...

macam2

AIEN NOT ALIEN berkata...

dari dulu terfikir2 tentang ketelusan undi pos ni...tak tahu la...

ct N honey berkata...

@Citarasa Rinduan
rasanya masuk tahun ni dah tiga kali ct mengundi

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/