Khamis, 22 September 2011

Aaron Aziz jadi Duta jenama minuman bertenaga Drive M7


Mutiara Motors Sdn. Bhd. (Mutiara Motors) bakal memasuki industri makanan dan minuman melalui anak syarikatnya Mutiara Food and Drink(M) Sdn. Bhd. dengan mempertaruhkan produk minuman bertenaga, Drive M7, setelah mendapat hak pengedaran daripada syarikat pengeluar M7 Co. Ltd di Jepun ke pasaran global.

Aaron Aziz di majlis memeterai perjanjian duta produk Drive M7
"Drive M7, minuman yang tidak bergas dirumus untuk memberi tenaga dan mempertingkatkan stamina kepada mereka yang terlibat dalam kerja dan aktiviti lasak. Produk minuman tersebut akan dilancarkan pada Oktober ini. Ia sesuai dinikmati oleh setiap golongan dan lapisan masyarakat terutama yang letih ketika memandu kenderaan, aktif dalam sukan dan mereka yang kerap membuat kerja fizikal. Formula perangsang kesihatan yang terkandung di dalam M7 dapat mengembalikan kecerdasan dan merangsang minda," katanya.

Aaron Aziz jadi duta jenama minuman bertenaga Drive M7
Beliau berkata demikian pada majlis memeterai perjanjian duta produk di antara Kumpulan Mutiara Motors dengan pelakon terkenal, Aaron Aziz yang turut dihadiri Pengarah Urusannya, Mokhtar Ahmad dan beberapa lembaga pengarah yang lain, di sini baru-baru ini.

Sah.....saya terima..
Minuman yang menggunakan bahan seperti taurine, inositol, kafein dan pelbagai vitamin itu dipasarkan di dalam tin 250 mililiter dan dijual dengan harga RM4 setin.
Isteri Aaron Aziz pun ada
Ahmad berkata, biarpun produk berkenaan belum berada di pasaran, ia mendapat tempahan dari Jepun, Amerika Syarikat dan Singapura tetapi ia hanya akan dipasarkan di dalam negara dengan pengeluaran awal 204,000 tin sebelum ditambah kepada 500,000 tin pada pengeluaran kedua.

Gambar terbaru Juliana Banos
Ditanya tentang pemilihan Aaron sebagai duta, Ahmad berkata, pihaknya yakin Aaron yang mempunyai ramai peminat dan terkenal dengan lakonan watak lasak dalam filem dapat memainkan peranan yang berkesan memperkenalkan dan memperluaskan minuman Drive M7 ke pasaran.
HitzFMChicken? and Pizza Hut Chunky loaded


Tertanya-tanya juga kenapa ada Juliana Banos dalam majlis ni, rupa-rupanya tokey syarikat Mutiara Motors Sdn. Bhd tu Hubby dia punya.

8 ulasan:

FaKArePa!n berkata...

mahal benor kalau RM4 setin..

Nur berkata...

Dulu masa kawin kan, husband dia bagi present sebiji kete sport, kalau tak silap. Dah lama dah la. :)

nick dot anis berkata...

aoran hensem:-)

justmeAIN berkata...

oh aaron.. huhu...encemnya..

Jendela Hati berkata...

tentu mendapat sambutan hangat nie

ct N honey berkata...

@FaKArePa!n
air bertenaga mmg mahal kot mcm red bull tu..

ct N honey berkata...

@Yati
sekarang ni hubby dia tu dah bertambah2 kayalah kan..byk anak syarikatnya

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
duta dia famous,agaknya klu minum air tu,terus teringatkan aaron he.he.he