Selasa, 13 September 2011

Ahli perniagaan( bekas pembantu peribadi beliau) diarah bayar RM25,000 kepada Sheikh Muszaphar

Mahkamah Sesyen hari ini mengarahkan seorang ahli perniagaan membayar ganti rugi khas RM25,000 kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie selepas membenarkan permohonan tuntutan balas yang dikemukakan oleh angkasawan negara itu berhubung kes saman lebih RM90,000 yang difailkan terhadapnya, tiga tahun lalu.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Dzaki Ezhar Bahar, yang mewakili Dr Sheikh Muszaphar dan peguam Nasaruddin Abdul Manaf, yang mewakili Norlina Nordin.
Semalam, mahkamah tersebut membenarkan permohonan Dr Sheikh Muszaphar untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Norlina yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya dengan kos RM5,000.

Dalam tuntutan balas yang difailkan pada 8 Feb 2011, Dr Sheikh Muszaphar selaku defendan mendakwa Norlina sebagai plaintif telah bertindak sendirian tanpa arahan atau pengetahuannya atas dasar kononnya mahu memberikan bantuan kepadanya yang mana beliau tidak pernah memberikan sebarang kata putus ataupun janji kepada plaintif.

Dr Sheikh Muszaphar yang telah ditawarkan dan/atau dianugerahkan oleh Majlis Tindakan Negeri Sembilan sebuah kontrak berjumlah RM50,000 telah menjayakan kontrak itu tanpa sebarang bantuan daripada pihak plantif, namun di luar pengetahuan defendan, plaintif telah menuntut bayaran daripada Majlis Tindakan Negeri Sembilan dan mengambil bayaran sebanyak RM25,000 daripada pihak berkenaan.

Angkasawan negara itu turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah memberikan sebarang kuasa mahupun kebenaran bagi plaintif untuk berbuat demikian dan memohon supaya bayaran itu dikembalikan kepadanya namun sehingga kini pihak plaintif gagal berbuat demikian.

Oleh itu, Dr Sheikh Muszaphar mendakwa tindakan yang dilakukan oleh plaintif menyebabkan reputasinya sebagai angkawasan negara telah tercemar akibat liputan media cetak dan elektronik yang meluas dan kerjayanya turut terjejas.

Pada 18 Mei 2010, mahkamah membatalkan permohonan kes tuntutan saman itu setelah mendapati pihak plaintif gagal memfailkan beberapa dokumen yang telah diarahkan sebelum ini.

Pada 25 Julai 2008, Norlina menfailkan saman terhadap Dr Sheikh Muszaphar kerana mendakwa telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.

Norlina dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Dr Sheikh Muszaphar tidak menjelaskan upah perkhidmatan sebagai pembantu peribadinya seperti yang dipersetujui menerusi satu surat pelantikan pada 2 April 2008.

Norlina mendakwa pada 28 Mei 2008 dia menerima surat penamatan perkhidmatannya daripada Dr Sheikh Muszaphar sebagai pembantu peribadi selepas berhasil mendapatkan pelbagai kontrak termasuk satu projek di bawah Penyiaran Television Astro.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Norlina memohon jumlah wang sebanyak RM45,000 sebagai upah yang adil dan munasabah, ganti rugi RM47,751.85, ganti rugi am akibat kehilangan keuntungan melalui satu program televisyen yang kononnya akan menjadikan Dr Sheikh Muszaphar sebagai 'ikon pendidikan' dan kos lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah

2 ulasan:

Admin berkata...

LISTEN ONLINE RADIO AND WATCHING FREE 
MOVIE ONLINE ,SPORTS ONLINE LIVE.
FOR WATCHING MOVIE ,SPORTS 
 VISIT LINK > CLICK TO WATCHING <
SINGAPORE RADIO >CLICK TO LISTEN <<
LISTEN HINDI RADIO VISIT LINK >>CLICK TO LISTEN << 
WATCHING HINDI MOVIE CHANNEL VISIT LINK >>KLIK TO WATCHING<<
DI SINI ADA ,THR GEGAR,HOTFM,KLFM,JOHOR FM DAN MACAM MACAM 
LAGI,TERDAPAT LEBIH KURANG 175 BUAH STESEN RADIO
YANG BEROPERSI DI MALAYSIA BOLEH DI DENGARI DI SINI SECARA PERCUMA
 >KLIK LINK
LISTEN INDONESIA RADIO ONLINE CLICK >> CLICK TO LISTEN <<
pas tv ,tv selangor,rtm1 ,rtm2,mobtv,dan banyak lagi..........

FaKArePa!n berkata...

tu la.. nak main saman2 lagi.. kan dah kena blik.. padan muka..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/