Rabu, 28 September 2011

Berita terkini-Letupan Di Empire Gallery 4 di sahkan cedera

Subang Jaya: Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini. Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat. Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya. Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.sumber



Up date terbaru:
Polis percaya letupan yang berlaku di pusat beli-belah di Empire Gallery di Subang Jaya, awal pagi tadi disyaki berpunca daripada kebocoran gas di bahagian bawah bangunan terbabit.

Ketua Polis Subang, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata setakat ini lebih 30 premis sebahagian besar kedai makan mengalami kerosakan akibat letupan yang berlaku kira-kira jam 3.40 pagi itu.Selain itu turut musnah dua kereta jenis Volkswagen Golf GTi dan Honda musnah dalam letupan itu.sumber
Up date terbaru 5.30 petang
Hasil siasatan yang dijalankan polis, Bomba dan Suruhanjaya Tenaga terhadap kejadian letupan di pusat membeli belah Empire Gallery awal pagi tadi mendapati punca kejadian bukan disebabkan unsur sabotaj.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaivegan, mengesahkan kejadian diklasifikasikan sebagai kemalangan dan kecuaian individu malah tiada unsur sabotaj dilaporkan.

"Kejadian kemungkinan disebabkan percikan api pada saluran paip gas itu. Letupan bermula dari sebuah restoran aras bawah, namun disebabkan saluran yang panjang ia memberi kesan kepada seluruh bangunan. Bangunan akan dibuka kepada umum selepas siasatan pihak terbabit selesai," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Mammoth Empire Holding Sdn Bhd, Datuk Danny Cheah, mengesahkan tiga mangsa cedera ringan dan seorang patah kaki manakala 180 pekerja serta tetamu hotel dipindahkan ke tempat yang selamat. sumber
                                       

1 ulasan:

Jendela Hati berkata...

mujur bukan waktu sesak org ramai...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/