Selasa, 27 September 2011

Gambar Hari Jadi anak Ashraf Sinclair dan Bunga Cinta-Noah Sinclair bertemakan 'Lanun'

 Pasangan selebriti Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari menyambut ulang tahun pertama anak lelaki mereka, Muhammad Noah Sinclair minggu lalu apabila tampil dengan tema seperti lanun. Noah yang lahir pada 22 September 2010 diraikan di taman tema Playparq, jalan Kemang Timur Raya, No 72, Jakarta Selatan, pada 25/9/2011 dengan kehadiran beberapa tetamu undangan.

Noah anak  Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Sinclair
"Ini ulang tahun Noah yang pertama, kita meraikannya bersama keluarga dan teman rapat dalam satu majlis yang sederhana. Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia. Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," ujar Bunga.
Birthday Noah bertemakan Lanun
 Macam Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Sinclair aje yang lebih
Bunga Cinta Lestari dan Ashraf  Sinclair potong kek Noah
Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Sinclair bersama anaknya Noah Sinclair
Bunga Cinta Lestari dan Ashraf Sinclair  bersama  Aishah adik Ashraf
Sementara itu, pemilihan tema lanun sengaja dibuat untuk menjadikan majlis itu unik selain bersesuaian dengan lokasi yang dipilih. Bunga juga mengaku membuat persiapan yang agak panjang untuk majlis puteranya itu untuk memastikan ia berjalan lancar dan meriah. hot.detik.com 

7 ulasan:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

betoi lah....tngk ashraf & bunga yg over kan....

mac berkata...

knp bunga da xcute macam dulu ?
erm ...
AS pon da x smart ..
baru anak sowg da serabut ..hohoho :D

Suzie berkata...

Sambut siap jadi lanun ...saya pula, beli kek, makan ...pastu sedekah-sedekah kat jiran-jiran....

ct N honey berkata...

@Suzie
sebenarnya itu lebih elok,mereka ni byk duit,suka buat benda yg kurang berfaedah

ct N honey berkata...

@mac
sibuk dgn anak kot

ct N honey berkata...

@LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™
baru sambut birthday anak pertama, tu yg mcm tu..

reyna berkata...

wah ,,tak taw pon kata depa dah ada anak ,,comel2

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/