Isnin, 19 September 2011

Gambar kembar siam Sudan(Rital dan Ritag Gaboura)yang telah dipisahkan

Pasangan kembar siam berusia 11 bulan yang melekat di kepala berjaya dipisahkan oleh sepasukan doktor dari Britain, selepas melalui beberapa pembedahan. Rital dan Ritag Gaboura, akhirnya dipisahkan pada 15 Ogos lalu di Hospital Great Ormond selepas dibawa dari Sudan hasil sumbangan orang ramai.

Walaupun kedua-dua mereka tidak berkongsi tisu otak yang sama, namun pembedahan ke atas mereka masih berisiko tinggi kerana jika berlaku tekanan darah rendah, maka ia boleh mengancam nyawa pasangan berkenaan. Rital dan Ritag Gaboura dilahirkan menerusi pembedahan, September tahun lalu di Khartoum, Sudan.
Kedua-dua ibu bapanya adalah doktor dengan bapanya, Abdelmajeed Gaboura, 31, merupakan pakar sakit puan manakala ibunya, Enas, 27, masih dalam latihan kedoktoran. Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, ibu bapa pasangan bayi kembar itu amat berterima kasih terhadap sekumpulan doktor yang berjaya memisahkan anak-anak mereka itu.
“Kami gembira kerana anak-anak kami ini berjaya menjalani pembedahan yang diperlukan. Kami juga tahu, ada banyak kanak-kanak lain yang memerlukan sumbangan untuk menjalani rawatan, justeru kami akan berusaha mendapatkan sumbangan berkenaan,” katanya.
Kelahiran melibatkan kembar siam berlaku satu dalam 2.5 juta kelahiran. Kebiasannya 40 peratus daripada pasangan kembar siam meninggal dunia semasa dilahirkan manakala tiga peratus pula meninggal dunia dalam tempoh 24 jam. zonbebas

3 ulasan:

Munna berkata...

alhamdulillah =)

Cik Jannah berkata...

alhamdulillah. :)

815.:)

mamawana berkata...

Subhanallah, alhamdulillah. Allahuakbar.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/