Jumaat, 23 September 2011

Terkini-JAKIM sahkan Dialog Hantu Bonceng tidak persendakan Nabi Muhammad


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng tidak mempersendakan Nabi Muhammad.
Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LFP) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas. LPF sejak kali pertama menapis filem ini telah memberi perhatian yang teliti sebelum membuat keputusan. Lembaga sentiasa berpegang kepada empat elemen utama dalam sesuatu penapisan iaitu keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan, sosio budaya, ketertiban dan ketatasulisaan. Dalam isu ini elemen keagamaan telah diberi perhatian cermat dan teliti oleh lembaga," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Malaysia dan pelbagai pihak dalam media massa serta blog mendakwa bahawa LPF cuai membuat tapisan sehingga filem itu diluluskan untuk tayangan di pawagam. bernama

12 ulasan:

Citarasa Rinduan berkata...

memang panas kes nie..
apapun buat panduan bagi pelakon lain...

alhamdullilah, selesai jua kes nie

Liza @ Adzriel AB berkata...

tapi respon penonton yg paling penting & kesannya. takut jadi mainan. yg mengikut baca senafas je..mmg le zizan sebut tak senafas.

^^nu[dd]yra^^ berkata...

btol2 ....lagi2 kalo budak2 yg tgk...budak2 kan suker mngikut jer...so, artis2 lain pas ni kna lebey bhati2 sket bila lafazkan dialog~

d_tieah berkata...

Haish!!! Tak setuju.. Walaupun aku tak tengok filem ni.. Tengok sikit sedutan dari youtube.. Filem Nasi Lemak 2.0 lagi elok, banyak mesej yang kita dapat tapi tetap kena kutuk kaw2--atas tiket sikap Namewee sebelum ini.. Ermmmmmmmm..

Entry Terbaru 1 : Trends #gantitajukfilemdengantelur Adalah Lebih Baik Daripada #gantitajukfilemdenganrosmah
Entry Terbaru 2 : Salahkah Menonton Filem Nasi Lemak 2.0

En. Kronik berkata...

gud..!

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

laIN kali berhati2 le sebelum buat skrip tu kan ... jgn sampai timbul kes mcm ni..byk lg skrip lain buleh buat

Tanpa Nama berkata...

@Citarasa Rinduan
dah selesai,tapi ramai gak yg tak puas hati

ct N honey berkata...

@Liza @ Adzriel AB
walau apa pun mmg tak patut,jadikan gurauan..

ct N honey berkata...

@^^nu[dd]yra^^
betul tu,mcm kl gangster tu,tak sanggup nak dengar bila bdk ckp mcm perkataan dlm flm tu

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil
ye betul tu,agama mana boleh dibuat main2kan

ct N honey berkata...

@d_tieah
cite ni mmg sedap tapi bab yg jadi isu tu aje yg tak sesuai,pasal nasi lemak 2.0 tu wlaupun sdp tapi ingatkan apa yg dibuat tu langsung x de mood nak tengok

Amy Amira berkata...

budak2 parti pembangkang yg suka2 dok buat cite..sedih aku...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/