Khamis, 15 September 2011

Keputusan terkini-Koperal Jenain bersalah sebabkan kematian Aminulrasyid

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati di Shah Alam pada 26 April 2010.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum 30 tahun penjara.Jenain Subi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen tersebut.

Hakim Latifah Mohd Tahar mendapati Jenain melakukan perbuatan itu di antara jam 1.10 dan 2 pagi di Jalan Tarian 11/2, Shah Alam pada tarikh tersebut.

Katannya, pendakwaan telah berjaya membuktikan peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan pada malam itu.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya. Seramai 39 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani, Mohd Dusuki Mokhtar dan Adilla Ahmad sementara Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.Cubalah-Like it,Push it

3 ulasan:

Pharmalif berkata...

Lama jugak kes ni baru nak selesai. Hmm.. kena ramaikan peguam lagi ke di Malaysia ni?

ika berkata...

bru setle ke??

Ceritera Anak Sampah berkata...

5 thn utk 21 peluru. hurm..mmg adil pon.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/