Ahad, 18 September 2011

Memey menghitung hari menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang

Norman dan Memey bakal bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Sehari selepas itu majlis resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan.
Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia. Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu. Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong yang berkonsepkan Bohemian. Sebuah lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000," katanya
Tambah Billbora, bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.

Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.
Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.

Antara selebriti yang akan menjadi pengapit pengantin ialah Miera Liyana, Fathia, Julia Ziegler, Eina, Fahrin Ahmad dan Afiq Muiz.Sumber dari  puanbee
Sedap ke Pizza Hut perasa terbaru ni?
gambar majlis resepsi Norman dan Memey 12 juta di Hotel

10 ulasan:

iNaNur berkata...

Couple ni ngetop sangat ke kat Malaysia sampai majlis kahwin ala2 grand camtu? Kecoh!

NinaAz berkata...

erk??? senyum tak perlu kata apa-apa

-✿Ayu✿- berkata...

bahagia atas derita org lain~~~

nick dot anis berkata...

ishk3 12jua pggl 200 orang je?

kalau pggl anak2 yatim ke..org susah ke..kan byk gak pahalanya..rezeki dkongsi bersama..takut pulak

Add Remove Block berkata...

mahalnya belanja kahwin ni ... moga kekal ke anak cucu cicit piut ...

ct N honey berkata...

@Add Remove Block
begitulah hendaknya,jgn 6 bulan aje

ct N honey berkata...

@nick dot anis
12 juta tu bukan duit dia,orang yg sponsor,...katanya lah

ct N honey berkata...

@-✿Ayu✿-
hrp dia x menderita.uhuk..

ct N honey berkata...

@NinaAz
senyum dan kita tengok aje mcm mana

ct N honey berkata...

@iNaNur
mmg bertuah mereka ni..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/