Ahad, 4 September 2011

Noramfaizul terkena tembakan AMISOM?

Seorang anggota sebuah pertubuhan amal dari Malaysia mendakwa seorang jurukamera dari Malaysia terbunuh akibat terkena tembakan daripada pasukan pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) dalam kejadian serangan di ibu negara Somalia di sini, semalam.
Muhideen Mohamed, yang bekerja dengan kelab Putera 1Malaysia, berkata, Noramfaizul Mohd. Nor, 39 (gambar), yang bekerja dengan stesen televisyen BernamaTV, terkena tembakan pasukan AMISOM ketika menjalankan kawalan di bandar ini.

"Mangsa mati selepas terkena tembakan dua peluru di bahu yang menembusi paru-parunya, manakala seorang lagi mangsa yang cedera ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, 26, yang terkena tembakan di lengan kanan.

"Kejadian berlaku antara persimpangan Jalan K4 dan lapangan terbang Mogadishu, ketika konvoi kenderaan berperisai AMISOM dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Mogadishu, yang merupakan pangkalan mereka.
Dalam pada itu, timbalan jurucakap AMISOM, Prosper Hakizimana berkata, pihaknya menyedari kejadian serangan tersebut dan sedang menyiasat pihak mana yang bertanggungjawab melepaskan tembakan, sama ada AMISOM atau kumpulan lain.

Sementara itu, pegawai keselamatan tentera Kesatuan Afrika (AU), Adbukarim Ali berkata, wartawan terbabit terbunuh ketika meletus pertempuran antara tentera AU dan kumpulan bersenjata yang lain di bandar berkenaan.

''Noramfaizul terkena tembakan semasa berada di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke hotel,'' kata Abdulkarim.utusan

1 ulasan:

Kendra Bing berkata...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com. Or share your truly awesome blog postings to be part of the big collection.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/