Khamis, 15 September 2011

Promo dan sinopsis drama bersiri Cut Amirah terbitan Asia Media Content Sdn Bhd


Drama bersiri 13 episod CUT AMIRAH yang mengandingkan pelakon dari Singapura dan Malaysia. Shootingnya pula dibuat di Malaysia, Singapura dan Acheh, Indonesia. Drama ini diarahkan oleh pengarah Malaysia Norliza Ismail dan Alfia Abros Meah dari Singapura.Terbitan Asia Media Content Sdn Bhd.Idea Asalnya oleh Mohd Napi Dollah. Manakala Penulis Skrip hasil nukilan Maizura Mohd Ederis & Sofia Rhyland. Bakal di tayangkan di Mediacorp Suria Singapura pada 27 September ni dan menyusul selepas itu di Astro Prima.

Pelakon Singapura terdiri daripada Mastura Ahmad , Hisham Hamid, Azhar Nor Lesta, Abdullah Ahmad, Azza Farina dan Osman Sulaiman.
Sementara pelakon Malaysia pula terdiri daripada Erry Putra, Linda Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Betty Banafe, Mahmud Ali Basha.



Sinopsis drama bersiri Cut Amirah
Pembukaan drama ‘Cut Amirah’ mengambil latar dari peristiwa tsunami 2004 di Acheh. Kemudian, bergerak ke tahun 2011 dengan plot yang lurus dan jelas agar mesej dapat disampai kepada penonton dengan mudah.
Ia mengisahkan percintaan dan penderitaan seorang anak yatim piatu, Cut Amirah, dari Acheh yang kehilangan seluruh keluarga disebabkan bencana tsunami pada pukul 4 petang, DISEMBER 2004 dengan kekuatan 9 skala Ricther. Cut Amirah hampir mati adalam kejadian Tsunami. Tetapi diselamatkan oleh Aminuddin, sukarelawan MERCURY dari Malaysia, yang mana turut terhutang nyawa kepada Cut Amirah ketika dihempap oleh sebuah rumah yang hampir roboh.
                           
Sementara itu, dua pupunya, Amir Amirul dari Singapura, turut menjadi mangsa tsunami. Amirul menerima amanat terakhir ibu Cut Amirah agar mencari Cut Amirah dan menjaganya dengan baik sekiranya ditemui kelak.Dapatkan tip mudah menjaga kecantikkan


Untuk makluman semua Asia Media Content Sdn Bhd adalah juga penerbit bagi drama yang meletup Nora Elena. Adakah drama Cut Amirah akan mendapat sambutan hebat? Kita saksikan nanti tayangannya di Astro Prima.

4 ulasan:

Suzie berkata...

Tengah tengok cerita suria di cordoba...hope citer ni best gak

Syuk Ry berkata...

mcm mnarik ni..

ct N honey berkata...

@Suzie
ct dpt tgk mula2 aje,yg last dah tak tahu apa kesudahannya

ct N honey berkata...

@Syuk Ry
hrp2 cam tulah

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/