Ahad, 18 September 2011

Sinopsis Drama bersiri Cuak-komedi misteri di Astro Ceria

Saluran Astro Ceria bakal membawakan sebuah drama bersiri komedi misteri terbaru sesuai untuk hiburan kanak-kanak dan seisi keluarga berjudul 'Cuak'.
Menurut pengarahnya, Azmi Hatta, drama bersiri 13 episod itu bakal memulakan episod pertamanya mulai Ahad ini pada pukul 10.30 pagi menerusi saluran 611.

Sinopsis drama bersiri Cuak
Cuak merupakan drama bersiri yang lucu dan penuh misteri. Siri terbaru ini adalah tentang keluarga Encik Bahaman yang pulang ke kampung untuk mencari Atuk mereka yang hilang. Anak sulung ialah Danial, seorang yang kuat tetapi penakut. Thea, gadis remaja yang berfikiran logik dan pandai menyelesaikan masalah. Dan yang bongsu ialah Camelia; si kecil yang comel dan suka menasihati orang yang disayanginya.

Walaupun semua penduduk kampung mempercayai Atuk telah meningga dunia, keluarga Bahaman mengambil keputusan untuk menetap bersama Opah di Kampung Luar Pagar dan mencari kebenaran. Apa yang terjadi pada Atuk sebenarnya? Lebih merumitkan keadaan, adik beradik ini juga mengharungi pelbagai dugaan dan kejadian yang pelik di Kampung Luar Pagar! Saksikan kesudahan cerita mereka dalam Cuak
Menampilkan barisan pelakon baru dan lama seperti Mia Sara, Delimawati, Watie (Elite), Aliff Satar dan Shahrulnizam Kamaludin,'Cuak' turut menampilkan dua bintang daripada Dewi Remaja 2010 iaitu Anis Al- Idrus dan Siti Azar Ameerah.

1 ulasan:

Hamsturger berkata...

Aku suka pelakon utama dia. Teringatkan senior kat sekolah aku...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/