Sabtu, 17 September 2011

Sinopsis drama bersiri Soffiya-Slot Akasia TV3


Slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi siri drama penuh emosi yang bertajuk Soffiya sebanyak 28 episod lakonan hebat Tiz Zaqyah(Soffiya), Fizo Omar(Ilyas), Izara Aishah(Fiona), Azhar Sulaiman(Kamal) dan Syazwan Zulkifli. Bermula pada 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam. Drama bersiri ini adalah arahan Joeza Rasidi dan diterbitkan oleh Filmscape Sdn. Bhd  
                                  
Sinopsis Drama Soffiya
Ikuti kisah Soffiya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman seorang doktor dan ibunya, Aishah, yang sering menghadapi masalah kesihatan. Selepas satu kejadian hitam, rutin kehidupan Soffiya mula berubah termasuklah sikapnya yang lebih suka menyendiri dan sering kelihatan murung.
Nasib buruk terus mengikuti Soffiya ke mana sahaja dia pergi hinggalah dirinya meringkuk di penjara. Baru mula mengenal erti cinta, namun, Soffiya terpaksa merelakan pemergian kekasihnya ke luar negeri. Setelah berkahwin dengan seorang jutawan yang penyayang, ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya merupakan anak tirinya sendiri. Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya?sumber liriklagu
Ini mesti sedih ceritanya dari drama Kasih Aliya sebab banyak sungguh konfliknya. Jangan lupa menonton drama Sofiyya bermula pada 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam

3 ulasan:

Said Arsyad berkata...

itu nontonnya di TV kah?

Noridah berkata...

boleh juga di tonton di laman web tonton.com.my tapi kena register dulu

mommyosh berkata...

hi..blog walking..sy pon suke citer nih

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/