Isnin, 26 September 2011

Terkini kutipan Nasi Lemak 2.0 RM4.5 juta- Adakah anda penyumbangnya?

Ramai yang mengutuk dan ramai juga yang suka dengan filem Nasi Lemak 2.0. Macam-macam pendapat diberikan. Dari remajawartawan, pengarah filem, mahupun pelakon itu sendiri.
                              
Biarpun mencipta nama menerusi publisiti negatif atau kontroversi melalui lagu Negarakuku pada 2007, Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee mengakui terkhilaf dengan perbuatannya itu.

Kini graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Ming Chuan di Taoyuan, Taiwan, memohan agar diberi peluang dan tidak berputus asa untuk membuktikan kecintaannya kepada tanah air melalui jendela perspektifnya.

“Saya akui itu silap saya dan saya tidak mahu bercakap apa-apa tentang perkara lalu. Saya harap semua orang melihat dan menilai terlebih dahulu karya saya sebelum menghentam saya,” mula bicara Namewee kepada Zass.

Bagaimanapun, Namewee sempat meluahkan rasa terharu dan bersyukur apabila karya pertamanya, filem Nasi Lemak 2.0 mendapat sambutan baik dan berjaya mengutip RM4.5 juta.

“Saya rasa bila ada pihak meminta filem saya dihentikan tayangannya, ia sebenarnya membantu memberi publisiti kepada filem tersebut.

“Apa yang pasti filem ini bukanlah sindiran kepada masyarakat Malaysia, ia lebih kepada perpaduan dan menghentikan rasa rasis sesama bangsa,” katanya.sumber

Ct pun tak berani nak komen sebab kalau ikutkan pendirian Ct sebelum ini memang tak ada hati pun nak menontonnya.

9 ulasan:

Brocade Blue berkata...

that guy is funny, i listened to negarakuku and i laughed my ass off

aimaniman berkata...

akak makan nasi lemak je, x tengok je rugi.. acah je, mana ada sompat nak nengok2 filem ni dik

~SpEakEr Sek0LaH~ berkata...

Dngar kate flem ni ade berbau politik skit..

~SpEakEr Sek0LaH~ berkata...

Dngar kate flem ni ade berbau politik skit..

ct N honey berkata...

@~SpEakEr Sek0LaH~
entahlah, ada udang disebalik batu kot?

ct N honey berkata...

@aimaniman
samalah kita

Tanpa Nama berkata...

@Brocade Blue

yeah you laugh your ass because that song didnt mocking your race and religion

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum dimainkan jadi 'wa salah lu mai kong' ( aku salah kau jgn cakap) mmg bodoh la kalau org kite gi tgk kt wayang...

jebengotai berkata...

xyah tgk..derma kat pengemis lagik elok duit tiket tu sedekah kat mana2 badan amal...

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/