Jumaat, 30 September 2011

Ulam berkhasiat tetapi merbahaya-Mengandungi tahap kalium yang tinggi.

KHASIAT ulam tidak dapat dinafikan lagi, memberi banyak manfaat untuk kesihatan kerana mengandungi banyak bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas, selain sering kali dikaitkan sebagai 'tangkal' awet muda. Justeru, tidak hairanlah jika amalan makan ulam menjadi budaya masyarakat negara ini terutama Melayu, sejak turun temurun. Realitinya, apabila makan ulam anda sebenarnya membuat pelaburan pada kesihatan dan melewatkan penuaan.
 Ulam dalam bentuk sayur dan buah
Ulam boleh dikategorikan sebagai sayur mentah, juga boleh didapati dalam bentuk buah dan di makan seperti salad, boleh dipelbagaikan dengan resipi enak dan biasanya diambil dengan nasi. Umumnya tidak mendatangkan keburukan sekiranya dimakan setiap hari kerana tidak mengandungi kalori seperti sesetengah makanan lain.

Walau pun berkhasiat, pakar pemakanan tetap menasihatkan pengambilan ulam perlu berpada-pada kerana kebanyakan didapati mengandungi tahap kalium yang tinggi. 

Kalium adalah sejenis mineral semula jadi dalam makanan dan berperanan penting bagi aktiviti normal untuk otot dan saraf terutama jantung. Bagaimanapun, sesetengah individu, pengambilan kalium berlebihan boleh memudaratkan jika terlampau tinggi kandungan dalam darah.

Kandungan kalium dalam darah meningkat boleh memberi risiko khususnya kepada penghidap buah pinggang. Jika buah pinggang rosak menyebabkan badan tidak berupaya mengeluarkan lebihan kalium melalui air kencing, lantas keadaan mudarat seperti hiperkalemia mudah terjadi.

Harus juga diingat, ulam yang dimakan dengan sambal belacan tidak digalakkan untuk diamalkan setiap hari dan berlebih-lebihan kerana ia (sambal belacan) mengandungi kandungan garam serta kolesterol yang tinggi.

 Antara ulam yang suka dimakan seperti petai, jering dan pelbagai jenis pucuk seperti pucuk paku, pegaga, pucuk ubi, daun selom, ulam raja dan sayuran hijau lain.

Pegaga 
Pegaga kaya vitamin dengan A dan C serta zat besi yang sering dijadikan sayur-sayuran `rasmi' untuk wanita ketika berpantang. Selain dimakan mentah dan dicicah dengan sambal belacan, pegaga juga sedap dibuat kerabu yang dicampur dengan kelapa parut, ikan bilis, cili dan beberapa ramuan lain juga dijadikan sebagai sayur dalam masak lemak cili api. Ulam ini juga membantu membangkitkan selera makan, meredakan masalah penghadaman seperti buasir, menyejukkan badan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melancarkan aliran darah, terutama wanita yang ada masalah haid serta keputihan. 
Ulam pegaga
Biasanya seluruh bahagian pegaga iaitu daun, tangkai daun, batang, bunga, buah, dan akarnya mempunyai banyak kegunaan dan khasiat yang tinggi. Ada yang yakin ia mampu memanjangkan usia dan awet muda apabila mengamalkan pengambilan pegaga dalam makanan harian mereka. Lebih menarik, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut mengiktiraf pegaga sebagai herba menjana kecerdasan berfikir terutama di kalangan kanak-kanak.

Selom
Selom boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, dari India dan Pakistan hinggalah ke Jepun, Taiwan dan China, malah merangkumi bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, di tepi sungai dan di kawasan tanah lembap. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang jelas berongga. Selain didapati dalam warna hijau ia juga kadang-kadang kemerahan dan lazimnya, pucuk muda atau daun muda dan batang yang masih lembut sering dimakan sebagai ulam dan biasanya dimakan dengan udang kering atau sambal kelapa. 
Ulam daun selom
Ulam ini turut dikatakan, mempunyai nilai perubatan dan kegunaannya tersendiri. Daun dan batang, misalnya didapati boleh meredakan penyakit dengan melumatkan kedua-duanya dan menyapu ia pada bisul, tempat yang terkena gigitan ular, kala jengking dan sebagainya. Air rebusan selom pula diminum sebagai penawar demam selsema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah. Biji selom digunakan sebagai penawar jika terlalu banyak darah dalam saluran darah. Buah selom pula digunakan sebagai perangsang buang air dan mengeluarkan angin dalam perut dan usus.

Kacang botol
Kacang botol biasanya tumbuh secara segar walaupun tidak dibaja dan hidup di tanah yang kurang subur. Antara khasiat utamanya ialah mengandungi banyak protein, malah nilai kandungannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan sayur-sayuran tropika lain yang daripada jenis kekacang. Kandungan asid amino dalam kacang botol juga mempunyai persamaan dengan kacang soya. Kacang botol muda pula dikatakan, mengandungi banyak kalsium, besi dan vitamin A manakala daunnya juga mempunyai nilai pemakanan yang baik dengan kandungan protein dan vitamin A dan C serta garam galian.
Ulam kacang botol
Kacang botol mempunyai khasiat dan nilainya dalam perubatan. Bagi orang yang diserang demam campak, daun kacang botol yang direbus dengan bahan campuran lain boleh disapukan ke seluruh badan bagi melegakan penyakit. Air bancuhan daun kacang botol pula digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daunnya yang ditumbuk lumat juga boleh disapukan pada bahagian bengkak dan bisul serta daunnya juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit. Seperti pegaga, kacang botol juga sedap dibuat kerabu, malah ada yang menjadikannya sebagai bahan atau ulam utama untuk nasi kerabu.

Jantung pisang
Jantung pisang adalah bunga pisang yang akan bertukar menjadi pisang apabila matang dan ia di dapati di kebanyakan kawasan Asia Tenggara. Untuk dijadikan ulam, jantung pisang akan dicelur terlebih dulu sebelum dihidangkan untuk dimakan bersama sambal belacan. Bagi penggemar kerabu, jantung pisang boleh dijadikan bahan utama menyediakan hidangan itu.
Cara menyediakannya juga mudah - potong jantung pisang yang sudah dicelur kecil-kecil dan masukkan ikan bilis, perahan air limau kasturi, cili, kelapa, bawang dan tomato serta bahan lain sebagai penambah penyedap rasa.
Jantung pisang
Jantung pisang juga kerap diolah bersama santan dan rempah ratus lain untuk dijadikan lauk berkuah. Rasanya lemak dengan tekstur berserat yang lembut dan empuk. Justeru, ia boleh dijadikan sebagai makanan alternatif untuk individu yang mengamalkan diet pemakanan sayur-sayuran kerana seratnya cukup memadai.
Dipelbagaikan dalam menu harian kerana mengandungi karbohidrat yang memberi tenaga, di samping protein, lemak, fosfurus dan zat besi. Khasiat lain ia rasa kenyang yang lebih lama sehingga dapat mencegah obesiti. Pengambilannya turut membantu meningkatkan kesihatan saluran pencernaan dengan cara meningkatkan pergerakan usus besar dan mengurangi risiko penyakit jantung.


7 ulasan:

Kendra Bing berkata...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com Or submit your own today!

Suzie berkata...

Apa-apa pun kena makan secara serdehana jangan berlebihan

Nur berkata...

Banyak-banyak ulam, suka kacang botol. Tapi takde la makan tiap hari. :)

Umum berkata...

Salam.
saya suka ulam buah kerdas, kalau d utara d panggil keduak, gitu lah agaknya, wpun ada bau tp cukup mbuka selera bg penggemarnya, ulam²lain saya minat jgk, blh dkatakn semua jenis ulam lah tp top kerdas la....

Unknown berkata...

Bagus untuk kesihatan

Unknown berkata...

jenis ulam yg disebut di atas adalah kegemaran sya.....

Nur haura afeeya berkata...

Radang Paru-paru Copd.

Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..๐Ÿ˜‰

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring