Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Sabtu, 8 Oktober 2011

2 kanak-kanak perempuan cuba tiru aksi video lucah dibelasah bapa.

Sepasang adik-beradik perempuan berusia 7 dan 9 tahun, dibelasah bapa angkat mereka gara-gara cuba melakukan aksi sumbang setelah dikatakan terpengaruh adegan video lucah yang pernah ditonton.

Kejadian itu berlaku di Kampung Relau, di sini, Rabu lalu dan kes berkenaan kemudiannya dimaklumkan kepada Pusat Perkhidmatan BN (Pembela BN Melaka) yang kemudiannya merujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Melaka.

Gambar hiasan
Sebaik menerima aduan berkenaan, beberapa kakitangan JKM diketuai Penolong Pengarah Warga Tua dan Keluarga JKM Melaka, Zamzuri Mohamad ke rumah terbabit, kira-kira jam 9 malam, kelmarin.

Menurut Zamzuri, pihaknya dimaklumkan ibu kandung kanak-kanak terbabit yang juga ibu tunggal berusia 29 tahun, sebelum kejadian itu dia terlihat dua anaknya itu melakukan aksi tidak senonoh tanpa pakaian di dalam bilik.

Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi keluarga angkat anaknya yang ketika itu berada di Mentakab, Pahang.

“Berang dengan perlakuan anaknya itu, bapa angkatnya yang berusia 28 tahun memukul mereka berdua dengan rotan sehingga mendatangkan kesan lebam di beberapa bahagian termasuk lengan, paha dan belakang badan.

“Bagaimanapun, berdasarkan pengakuan kanak-kanak terbabit, mereka akui dipukul disebabkan perlakuan negatif yang dilakukan atau kita rumuskan sebagai melakukan adegan ciuman sesama jenis,” katanya kepada Sinar Harian.

Turut sama, Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Asahan, Abdul Ghani Abdullah.

Jelas Zamzuri, menerusi siasatan, ibu terbabit mempunyai tiga anak perempuan berusia 3, 7 dan 9 tahun.

Menurutnya, anaknya yang berusia 9 tahun diberikan hak penjagaan kepada pasangan keluarga angkat sejak lebih setahun lalu dan mereka adalah rakan baiknya. kepada wanita berkenaan.

“Sebelum kejadian, kami difahamkan dua adik-beradik ini pernah beberapa kali melakukan aksi sumbang sejak lebih setahun lalu, gara-gara beberapa kali menonton video lucah bersama adik-beradik tirinya sebelum ini.

“Jadi tindakan bapa angkat mereka ini mungkin disebabkan terlalu marah dan gagal mengawal perasaan. Ini kali pertama dia memukul kanak-kanak terbabit,” katanya.

Zamzuri berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17(1)(b) kerana mendatangkan kecederaan fizikal dan jika sabit kesalahan, pihak JKM boleh mengajukannya kepada polis.

Suapa yang bersalah bila jadi macam ni?


12 lebah buat bising:

cik ika berkata...

tak padan dgn kecik..da pndai da..

AIEN NOT ALIEN berkata...

macam mana boleh dapat bahan tontonan tu? haaaa...

Jendela Hati berkata...

skrg nie di mana bdk2 nie bole menonton aksi tak senonoh nie? ha itu persoalannya sampai jd camnie ct...adusss

Farida Amira berkata...

heyy macam-macam lah zaman sekarang ni. kes macam ni pun ada =,=

- A.R.E.E.N.A.D.I.R.A - berkata...

kecik2 da pandai...sape la ngajar tu...

Abang Zam berkata...

tak lama lagi ada la video porn 3gp adik beradik

ct N honey berkata...

@cik ika
bdk sekarang dah advance,tak mcm dulu2

ct N honey berkata...

@AIEN NOT ALIEN
ye jugakan,entah2 bapa dia pun sama suka tgk video lucah

ct N honey berkata...

@Farida Amira
rasanya lagi teruk dari ni pun ada,mungkin tak dilaporkan aje

ct N honey berkata...

@- A.R.E.E.N.A.D.I.R.A -
yg pasti bukan emak bapak dia oranglah,bdk kecik skarang dah terlebih pandai dari usia mereka

ct N honey berkata...

@Abang Zam
tak sanggup nak tgk,..

Adean berkata...

huuuuh....mcam2 skrg ni.igat umor belasan je ad.umur 7 thun pn ad jugak.apa nk jd skrg ni.