Selasa, 4 Oktober 2011

Cif kecik dan cif Besar format baru Raja Lawak musim 6-Astro Warna(132)

Kemunculan ‘Cif Kecik’ dan ‘Cif Besar’ menjadi kelainan kepada program realiti Raja Lawak musim keenam yang akan disiarkan bermula 13 Januari tahun depan menerusi Astro Warna (saluran 132).

Menurut wakil dari Astro Warna, Khairul Anwar Salleh, kewujudan cif-cif ini adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada para peserta agar mereka dapat menghasilkan lawak yang berkualiti dan menghiburkan.

“Cif Besar ibarat pengetua manakala Cif Kecik seperti tenaga pengajar yang akan diterajui oleh tiga orang pelawak tanah air. Peserta-peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan dan Cif Kecik akan memantau dan memberi nasihat kepada peserta-peserta yang berada di bawah perhatian mereka setiap minggu. Sementara Cif Besar akan dilantik untuk memantau kesemua Cif Kecik dan barisan peserta yang terlibat di bawah pengawasan mereka. Apabila Raja Lawak dipindahkan dari Astro Prima ke Astro Warna, kami mahu menjadikan program ini lebih gah daripada musim pertama ke musim kelima. Jadi, kami rasa perlu ada Cif besar dan Cif Kecik untuk menjadi contoh dan membimbing peserta-peserta supaya dapat memahami prosedur serta kaedah-kaedah yang diperlukan dalam program ini seperti teknik beraksi di depan kamera. Kami akan terus mempergiatkan usaha dan komitmen untuk membekalkan kandungan komedi yang berkualiti kepada para pelanggan menerusi Astro Warna".kata Khairul ketika sidang media program tersebut di Starhill Gallery, di sini, Isnin.
Selain daripada perubahan format, perubahan saluran televisyen dari Astro Prima ke Astro Warna adalah untuk mengukuhkan kedudukan Astro Warna selaku saluran komedi di negara ini.

 Kami akan terus mempergiatkan usaha dan komitmen untuk membekalkan kandungan komedi yang berkualiti kepada para pelanggan menerusi Astro Warna.

Dalam pada itu, Mohd Yazid Lim Mohd Aziz (Johan) dan Mohd Razizan Abdul Razak (Zizan) sekali lagi diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara program itu buat tahun kelima.

Raja Lawak musim 6 akan bersiaran secara langsung pada setiap Jumaat, 10 malam mulai 13 Januari 2012 di Astro Warna menerusi pakej Mustika. mstar

4 ulasan:

YouSOF berkata...

Waah.. Ni yang bikin tak sabar nak tengok layan musim baru nih!


sebelah Johan tu Bob Azrai eh?

FaKArePa!n berkata...

kena langgan Astro Warna la lepas ni.. erm..

ct N honey berkata...

@YOUsoF
ye,mungkin jadi juri kot?

ct N honey berkata...

@FaKArePa!n
tak pe lah rm10 aje kan?saya pun x langgan lagi