Selasa, 11 Oktober 2011

Datuk Ahmad Jais meninggal dunia

 Ahmad Jais yang dilahirkan di Kapar, Kelang, Selangor pada 28 Mac 1936 telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam Selangor.
Dia yang dikenali menerusi lagu Di Ambang Sore, Bahtera Merdeka, Gelisah, Budi Setahun Segunung Intan (duet bersama Kartina Dahari) dan Juwita Ku Sayang (duet bersama Darin Rafeah Buang) meninggal dunia disebabkan oleh jangkitan paru-paru.
Sejak menghambakan dirinya sebagai anak seni, Ahmad Jais sudah merakamkan suara menerusi lebih 100 lagu dalam 15 album. Kebanyakannya dalam bentuk EP dan LP.

Beliau juga pernah menjuarai anugerah Juara lagu asli pada 1959 dan 1960, Juara lagu pop (1962) dan Juara lagu asli (1962), Anugerah Sepanjang Zaman Papita 2011 serta Anugerah Budian Veteran menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2002).

Selain itu, beliau juga pernah diberi kepercayaan untuk mengadakan beberapa konsert yang besar. Antaranya, Konsert Bahtera Merdeka anjuran Istana Budaya yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Beliau juga turut menerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang diPertuan Aging Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sempena Hari keputeraan Seri Paduka Baginda yang ke-63 pada 2006.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al- Fatihah...Info dari murai.com

Tiada ulasan: