Sabtu, 1 Oktober 2011

Dekorasi hiasan majlis resepsi 12 juta Norman Hakim dan Memey oleh NAS Great Idea

Bermula pada tahun 2002 di bawah nama NAS & Rias, perkhidmatan yang disediakan adalah terhad kepada menyediaan pelamin dan hantaran perkahwinan sahaja. Di atas minat dan sayangnya untuk menyediakan sebuah majlis perkahwinan yang mempersonakan, Nas-Great-Idea terus berkembang dan menyediakan perkhidmatan perancangan perkahwinan yang memenuhi semua bajet dan gaya.



 Salah satu reka bentuk atau trend mark yang di ilhamkan mereka adalah perkahwinan dan pelamin yang berkonsepkan Nusantara, dan hiasan yang bercirikan budaya warisan Melayu. Begitu juga penekanannya menggunakan bunga segar dan lampu untuk menghasilkan persekitaran yang romantis.

Untuk majlis resepsi Norman Hakim dan Memey bagi Nas Great Idea, ia adalah pengalaman pertamanya untuk merealisasikan konsep bercirikan perkahwinan glamor New York. Baca Persediaan majlis resepsi perkahwinan Norman Hakim dan Memey oleh Nas Great Idea.

Gambar ini adalah sekitar majlis resepsi Norman Hakim dan Memey yang telah berlangsung di Dewan Nirwana, Hotel Crowne Plaza pada 28 September 2011 yang lalu. Yang pasti, konsep majlis resepsi yang bertemakan New York in Black & White ini benar-benar nampak mewah semewah majlis itu sendiri yang berharga 12 juta. 


 Koleksi gambar Norman Hakim dan Memey di majlis resepsi 12 juta di Crowne Plaza Mutiara Hotel











Untuk makluman semua, kesemua persalinan Memey & Norman, pengapit lelaki dan perempuan, kek perkahwinan, barang kemas dan kasut akan dipamerkan di Muzium Negara pada 26 November ini sehingga 31 December 2011.
Kek perkahwinan Norman dan Memey yang di taja oleh Rafflesia
 Terima kasih kepada  William Harith di atas gambar yang cantik ini.

3 ulasan:

NzA berkata...

esklusif....

nuerule areyin berkata...

perghh terbaik lah :)

Suzie berkata...

memang sangat grand n cantik giler tapi cam membazirlah pulakan..