Jumaat, 7 Oktober 2011

Fida mohon maaf-Hubungan dengan Mamat putus-Buat bisnes tudung dan skaf

LUKA yang menghiris hatinya sudah sembuh, namun parutnya masih lagi berbekas. Ketika yang sama dia menganggap apa yang berlaku itu sebagai pengajaran buat dirinya. Fida yang turut berbakat dalam nyanyian ini juga tidak menganggap persahabatan dengan Mamat sebagai satu kesilapan, cuma akan lebih berhati-hati selepas ini.

“Saya mohon maaf kepada peminat kerana mendedahkan rambut ketika di Batam. Saya sedar perubahan mendadak yang dilakukan menyebabkan peminat tidak dapat menerimanya. Saya perlu berubah. Saya mengaku ia kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Saya juga berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Mungkin saya perlu mencari penata gaya yang dapat membentuk imej yang bersesuaian dengan diri saya selepas ini. Saya masih lagi bertudung. Cuma pada ketika itu saya mendedahkan rambut di dalam kereta. Apabila keluar daripada kereta, saya tetap memasukkan kembali rambut dan tidak membenarkan sesiapa melihat rambut saya. Saya akan lebih berhati-hati lagi selepas ini dalam memilih kawan. Mungkin selepas ini tiada lagi lelaki bergelar selebriti menjadi teman saya. Lebih baik saya mencari lelaki biasa bagi mengelakkan sebarang kontroversi seperti ini,” ujar Fida yang baru-baru ini menemui peminat menerusi drama Kasih Alia.
Bagaimanapun gadis ini berharap, isu dirinya menayangkan rambut ketika bercuti tidak dikaitkan dengan perniagaan tudung dan skaf yang bakal dilancarkan itu. Tegas Fida, dia tidak mahu persepsi yang bukan-bukan dilemparkan apabila dia melancarkan perniagaan itu nanti.

13 ulasan:

SueZ berkata...

mm macam2 kan...tu lah..dh agak dah tak sesuai depa ni...

HappyIrfa berkata...

IGT LAGI MASA MEMULA DECLARE BERKAWAN RAPAT DULU..SEMUANYA BAIK JE..lagikan pantai berubah inikan pula hati manusia

nick dot anis berkata...

alhamdulillah...fida da sedar...n paling suka dia puus ngn mamat...bcoz i tak suka mamat..huhu

Puan Kutu berkata...

dengar cerita mamat tu bermasaalah,betul ker?

NzA berkata...

baguslah kalau dh sedar.....

Jendela Hati berkata...

huhu mamat nie dah la putus dgn fida, dgn sepah pun dah putus. sepah pun dah jadi sepahtu..tingal jep dgn shuib je..

ct N honey berkata...

@SueZ
betul tu,..eloklah putus sekarang,lagipun belum lama sgt..

ct N honey berkata...

@HappyIrfa
rasanya mamat lah buat pasal

ct N honey berkata...

@nick dot anis
mcm tak sesuai kan?

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
masalah yg dicari sendiri,elok2 fida dah suka,yg diupload gambar tak pakai tudung fida tu napa,kan dah putus

ct N honey berkata...

@NzA
setiap yg berlaku tu ada hikmahnya

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
mmg malang,tak da sapa yg suka dia, tulah suka buat perangai

Adean berkata...

em.yg pnting sekali aurat mesti dijage dengan baek.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/