Isnin, 3 Oktober 2011

Gambar bayi dicampakkan dari tingkat dua

Ibu kejam dan tak berhati perut. Ungkapan itu memang sesuai di berikan. Dia sanggup mencampakkan anak yang baru dilahirkan dari tingkat dua sebuah pangsapuri. Kejadian itu disedari penduduk setelah melihat wanita itu mundar-mandir di bawah pangsapuri ini jam 7:45 pagi. Mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu ditemui di dalam longkang oleh penduduk yang mahu keluar bekerja.
Penduduk turut menemui kesan darah pada kain cadar dan selimut dipercayai digunakan ketika melahirkan bayi itu.Wanita berusia 19 tahun itu dikenali Nor Atika Kamarulzaman, pekerja sebuah restoran. Dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.

Siasatan akan dijalankan sama ada wanita itu membuang anaknya ketika masih hidup atau sudah mati selepas dilahirkan.Kes disiasat dibwah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.


8 ulasan:

Yati berkata...

Sama ada hilang akal atau sakit meroyan. Baby tak bersalah jadi mangsa. Sedih baca.

Mila@Rimbun berkata...

agaknya kurang siuman kut.. too young ler 19 yo

LittleGurl berkata...

adoiii banyaknye kes macamni. mitak jauh...

FaKArePa!n berkata...

giler la..

majalah biar betul berkata...

kejam sungguh!

Elih Japahar berkata...

Teruknya manusia yg melakukan perbuatan terkutuk ini !!!...

AyiLarimA berkata...

Ya Allah, makin KEJAM manusia sekarang !
itu je yg mampu Mira cakap !

Sama2 kita renung bersama, sampai bila masalah macam ni terus berlaku?!

fikir-fikirkanlah.

kakchik@ella berkata...

kejam dan gila!!

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/