Tahniah buat pelakon Ana Dahlia,28, dan anak Datuk Chef Wan iaitu Mohd Nadzri atau Chef Riz,30, yang bertunang pada hari ini, 5 Oktober 2011. Majlis telah berlangsung pada tengahari tadi di kediaman Ana Dahlia di Batu 8 Changkat Jering, Taiping, Perak. Rombongan pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang.
Majlis pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz |
Ibu Ched Riz menyarungkan cincin tunang ke jari Ana Dahlia |
Sebanyak 5 dulang bersama sebentuk cincin sebagai hantaran |
Selamat bertunang Ana Dahlia dan Chef Riz Offer limited to the first 1,500 customers, better hurry |
Komen Ana Dahlia
"Saya gembira, keluarga ayah Riz, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) menerima keluarga saya yang sederhana ini, Alhamdulillah. Saya juga bersyukur kerana keluarga Chef Riz juga tidak kisah dengan statusnya sebagai janda dan ia bukanlah penghalang untuk mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang disayanginya. Kita semua tahu, setiap orang mempunyai kisah silam masing-masing, begitu juga saya. Asalkan keluarga, rakan-rakan terdekat dan bakal mentua tahu, itu sudah memadai. Lagipun sebelum ini bukan saya ingin merahsiakan status ‘janda’. Cuma saya fikir, tidak perlulah orang tahu mengenai hal saya yang agak peribadi itu. Apa-apa pun saya bersyukur kerana kami berjaya melalui beberapa dugaan walaupun tempoh perkenalan saya dengan Riz tidak sampai setahun. Mungkin inilah namanya jodoh,” ujarnya.
Gambar AleeyaStudio dan jangguttouch juga chedet.butiknasha
9 ulasan:
tahniah chef riz dan chef wan! :)
thaniah~ comel !
congrats...suke tengok ana...cantik sangat
canteeekkk
Suka chef wan ...jaga adat Melayu ...tak ada pun chef ridz
cantek2 gambar ia... tunang dah mcm gambar kawen dah..
@Golden Rose
cantik dan comel
@Suzie
ct pun sokong,tak mcm sekarang,tunang lelaki dtg siap ambil gambar lagi...kita dulu jgn hrp nak buat cam tu..tunggulah masa sanding baru boleh ambil gambar
@Jendela Hati
dah cam tu trend sekarang
Catat Ulasan