Sabtu, 22 Oktober 2011

Mayat Muammar Gaddafi dipamer dalam ruang dingin beku di sebuah kompleks beli belah di Misrata

Berlumuran darah, memakai hanya sepasang seluar khaki, dan dibaringkan pada tilam murah, badan Muammar Gaddafi yang mengerikan telah menjadi tarikan kepada pelancong.
Beratus-ratus penduduk Libya yang beratur di luar kedai daging untuk melihat mayat Muammar Gaddafi yang diletakkan diatas sebuah trofi yang disimpan didalam peti sejuk di Misrata. Pengawal membenarkan kumpulan-kumpulan kecil ke dalam bilik untuk meraikan mayat Gaddafi dan mengambil gambar. guardian
Pemimpin baru Libya memberi jaminan bahawa Muammar Gaddafi akan dikebumikan mengikut ajaran Islam, sehari selepas saat-saat terakhir dramatik beliau apabila diktator terbabit diseret dari tempat persembunyiannya dalam saluran longkang, merayu supaya tidak dibunuh ketika bandar kelahiran beliau jatuh ke tangan pejuang revolusi. 

Pemimpin NTC bagaimanapun masih lagi tidak membuat sebarang keputusan bila dan di mana mayat Muammar Gaddafi akan dikebumikan, kata menteri penerangan Libya semalam di tengah persoalan mengenai bagaimana bekas pemimpin itu mati.

Pemimpin NTC dilihat begitu berhati-hati mengenai rancangan pengebumian itu, enggan untuk menjadikan kubur Gaddafi bakal menjadi tempat perhimpunan bagi penyokong setianya.

Mayat Gaddafi terbaring di sebuah kediaman persendirian di Misrata, bandaraya ketiga terbesar di Libya di mana tenteranya ditewaskan dalam kepungan berpanjangan yang terbukti menjadi salah satu titik perubahan kebangkitan selama lapan bulan, lapor seorang koresponden AFP.

Sementara itu, Reuters melaporkan bahawa Gaddafi maut berikutan sebutir peluru yang menembusi ususnya berikutan penangkapan, kata seorang doktor yang memeriksa mayatnya, di tengah konflik bagaimana pemimpin Libya itu menemui ajalnya. 

Gaddafi, 69, terbunuh pada Khamis selepas ditangkap oleh pejuang Libya yang menjadi kemuncak kepada kebangkitan selama lapan bulan menentang pemerintahan beliau selama 42 tahun.

“Gaddafi ditahan ketika masih hidup tetapi beliau terbunuh selepas itu. Ada sebutir peluru dan ia menjadi alasan utama kepada kematiannya, yang menembusi ususnya,” kata doktor Ibrahim Tika kepada televisyen Al Arabiya.

“Kemudian ada peluru lain di kepalanya yang menembusi dalam dan keluar kepalanya.” Terdahulu, Perdana Menteri Mahmoud Jibril membacakan apa yang dikatakan laporan bedah siasat bahawa Gaddafi diseret daripada terowong paip, ditembak di lengan dan diletakkan dalam sebuah trak di mana ia terkena tembakan ketika cuba dibawa ke hospital.

Sementara itu ahli NTC Mohamed Sayeh berkata bahawa Gaddafi akan dikebumikan pada Jumaat di sebuah kawasan perkuburan Sirte, menafikan laporan bahawa beliau akan dikebumikan di sebuah kubur rahsia. bharian


5 ulasan:

kakchik@ella berkata...

Dah meninggal dah la. Buat apa la nak dijadikan bahan pameran pulak, kan.

Makbed berkata...

kesian hamba Allah ni...

zety berkata...

walau macam mana kejam pun beliau semasa didunia,biarlah allah yang membalasnya.

Jendela Hati berkata...

ishhh ada lak buat pameran, xperlula aibkan mayat tu jd tontonan ramai

Din Rizan89 berkata...

Astaghfirullah al'adzim.... Kenapa bah manusia semakin kejam belakangan ini??? Yg dah meninggal, SEGERA la dkuburkan. Bukan nak d pamer2 mcm barang antik seperti d muzium!!! Dia pun manusia juga! Manusia yg dcipta oleh ALLAH S.W.T. Siapa yang mencipta?? Ya,ALLAH S.W.T! Jadi biar Allah S.W.T sendiri memberi balasan yang setimpal! Apa hak kita sebagai manusia ingin menghukum sesama manusia??? Sengsara jenazah tersebut! Sedih sungguh nampak perkara2 sebegni. Dunia dah nak kiamat agaknya...huhu~~~

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/