Ahad, 23 Oktober 2011

(MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan

Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 dibatalkan, demikian diputuskan oleh penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports.

Pembatalan acara MotoGP dibuat selepas kemalangan membabitkan penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli.

Saat memasuki lap kedua di pusingan 11, Simoncelli jatuh dan melibatkan pelumba Yamaha Tech 3, Colin Edwards,dan pelumba Ducati, Valentino Rossi. Kemalangan itu menyebabkan Simoncelli terjatuh di trek dengan helmet tercabut dan dia sama sekali tidak bergerak, sedangkan Edwards terseret keluar trek dan mengalami kecederaan bahu. Sementara itu Rossi selamat, karena mampu menguasai motor hanya terbabas ke luar trek dan Ducati GP11.1 yang ditungganginya hanya mengalami kerosakan ringan.


Terkini!!!
Perlumbaan MotoGP Malaysia 2011 dibatalkan diputuskan penganjur Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports selepas penunggang pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli meninggal dunia terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain di Litar Sepang sebentar tadi

Klik untuk melihat video ngeri kemalangannya


Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/