Sabtu, 8 Oktober 2011

Pian Cecupak bakal berkahwin kali ketiga bersama Aida Hazira

Pian berkata dia gembira kerana menjalinkan hubungan cinta bersama model sambilan, Aida Hazira Adi Razman, 21, dari Sungai Petani, Kedah dan merancang mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat jika ditemukan jodoh oleh Allah.
Saya sudah berubah sepenuhnya, dan kini saya memilih untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama wanita idaman iaitu Aida,” kata selebriti yang pernah muncul dengan kontroversi suntikan kolagen iaitu Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, atau Pian Cecupak.

Katanya, gadis terbabit dikenalinya sejak lebih dua tahun lalu sesudah mengenali ibu dan bapa model terbabit kerana menguruskan rumah sewa Aida di Taman Datuk Senu, Sentul, di sini.

Katanya, bagaimanapun selepas itu, hubungan mereka terputus seketika dan berjumpa semula dalam satu majlis perkahwinan seorang selebriti di Restoran Seri Melayu pada 30 September lalu.

“Hubungan cinta kami terjalin secara serius sejak seminggu lalu dan kini merancang mendirikan rumah tangga bersama malah keluarganya ada memberitahu akan menerima saya seadanya jika ditemukan jodoh,” katanya.

Menurut Pian, dia menginsafi perbuatan lalu dan berjanji tidak akan menggunakan kolagen lagi selain merancang untuk ke tanah suci Makkah memohon ampun kepada Allah di atas semua dosa yang dilakukan sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana proses pembuangan kolagen kini sudah di peringkat terakhir (kali ke-6) dan hampir 90 peratus kolagen itu sudah berjaya dibuang,” katanya.

Pian sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rashidah Hashim, 38, dan dikurniakan dua anak iaitu Nor Azira Fazlin, 14, dan Nor Lina Fazrin, 12 namun bercerai pada 28 Julai 2000. Dia kemudiannya berkahwin semula dengan seorang wanita dikenali sebagai ‘Maklang’ pada 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama empat bulan.

“Saya berharap perkahwinan kali ini akan membahagiakan saya kerana saya mahu berubah menjadi seorang lelaki sejati dan penyayang,” katanya.Gambar dari mediamalaya 


3 ulasan:

El-Janna berkata...

semoga mereka bahagia^^

FaKArePa!n berkata...

amboi.. muda nya bakal isteri..

Jendela Hati berkata...

jodoh isteri muda..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/