Sabtu, 1 Oktober 2011

Selamat Pengantin Baru-Taja (Meet Uncle Hussain) dan Kimmy

Selepas empat tahun mengenali dan menempuhi berbagai halangan di dalam pertunangan akhirnya pada 1 Oktober 2011 dengan hanya sekali lafaz, Nik Mustaza Nik Mustapha (Taja) gitaris Meet Uncle Hussain (MUH) dan pasangannya, Kimmy yang juga merupakan pengurus kumpulan MUH telah selamat menjadi suami isteri.




Majlis pernikahan ini hanya dihadiri oleh sanak saudara dan rakan terdekat sahaja disebabkan atas permintaan keluarga pihak perempuan. Majlis pernikahan Taja dan Kimmy bertemakan warna putih.
Majlis resepsi pihak perempuan yang bakal diadakan pada 2 Oktober ini berlangsung di Dewan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur manakala majlis sebelah lelaki pula akan diadakan seminggu kemudian di Nilai, Negeri Sembilan.


Tiada ulasan: