Jumaat, 7 Oktober 2011

Van keselamatan bawa RM1.9 juta dilarikan perompak

Sebuah van keselamatan yang membawa kira-kira RM1.9 juta dilarikan lima lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol dalam satu rompakan di sebuah stesen minyak di pekan Ijok, Kuala Selangor hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah, berkata dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, tiga pengawal termasuk seorang pemandu van membawa wang itu untuk dimasukkan ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di stesen minyak tersebut.
"Van yang baru tiba di stesen itu dihampiri sebuah PROTON Perdana dengan semua suspek mengacukan pistol ke arah pemandu van dan pengawal keselamatan dan mengarahkan mereka keluar sebelum melarikan van bersama wang itu," katanya.
Mohd Adnan berkata, seorang daripada suspek memandu van itu manakala empat yang lain mengekori van itu dengan menaiki PROTON Perdana berkenaan.

Pengawal keselamatan syarikat terbabit sudah membuat laporan polis.

Sejam selepas kejadian, polis menemui sebuah van yang dibakar dan tinggal rangka, dipercayai van keselamatan berkenaan, di tepi belukar kira-kira satu kilometer dari stesen minyak itu
Bongkar Kod Rahsia untuk menang hadiah-hadiah yang cool

3 ulasan:

nuerule areyin berkata...

hebat =_=

addinahumaira berkata...

kaya perompak2 tu hu hu...

Jendela Hati berkata...

wah juta2 tu... pokcik kayo... tp apa2 pun takkan senang de idup rompak2 duit nie dorang tu..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/