Isnin, 7 November 2011

Gambar sekitar penggambaran Filem VIKINGDOM 3D-KRU Studios

Syarikat produksi Malaysia, KRU Studios Sdn Bhd mencatatkan peristiwa penting apabila mereka berjaya menjual filem mereka Hikayat Merong Mahawangsa lebih daripada 70 buah negara. Kini, KRU Studios lagi sekali mengeluarkan filem budget besar. Mereka menghasilkan filem berbahasa Inggeris dengan pelakonnya dari Hollywood.

Yusri KRU bersama pelakon Vikingdom,Craig Fairbass, Natassia Malthe, Jon Foo, Dominic Purcell dan Conan Stevens.
Pelakon yang hebat dalam Filem Vikingdom-KRU Studios
Filem Vikingdom akan ditayangkan pada 2013
Filem Vikingdom penuh dengan aksi pertarungan
Filem Vikingdom pertembungan antara sejarah dan mitos 

Buat masa ini kos penerbitan Vikingdom belum diketahui lagi tetapi dikatakanVikingdom merupakan filem termahal yang pernah diterbitkan oleh pihak KRU Studios. Presiden eksekutif KRU Studio, Norman Abdul Halim berkata ia telah menjual hak Vikingdom ke Perancis, Jerman, Timur Tengah, Rusia, China, Filipina, Bulgaria dan Romania. Apa yang membanggakan apabila ia juga sudah mendapat perhatian pengedar filem antarabangsa termasuk The American Film Market di Los Angeles,Amerika Syarikat.
Satu babak Natassia Malthe dalam filem Vikingdom
Dominic Purcell


Kos penggambaran filem paling mahal KRU Studios

Filem Vikingdom merupakan Filem pertama 3D Malaysia

Terdapat rancangan untuk menghasilkan sequels untuk Vikingdom. Filem ini dijangkakan ditayangkan pada  2013.



Gambar dari thesundaily.my


4 ulasan:

hawiz berkata...

cam best jer..hurmm..xsabar

Razil Tahir berkata...

seksinyer perempuan tue...
Yusri...
Memanglah movie antarabangsa, tapi...
nilai b budaya kita, takkan tak nak share kot... T,T

Jai berkata...

2013 baru tayang? Lamanya...hu3

Ikhwan berkata...

Macam best je cerita ni, tak ada pelakon malaysia ke?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/