Khamis, 10 November 2011

Gambar Tauke Jambu dengan Bakal Isterinya-Kahwin Tahun Depan!

Perkenalan sekitar 3-4 bulan antara Tauke daripada kumpulan Jambu & Nurul Ameera atau Mira di sebuah pusat membeli-belah membawa ke arah hubungan yang lebih serius.
“Saya berkenalan dengan Mira di sebuah pusat membeli belah di ibu kota, tak sangka pula perkenalan itu membawa ke arah yang lebih serius. Walaupun pernah dihinggapi dengan pelbagai kontroversi, saya bersyukur kerana Mira dapat menerima saya seadanya,” ujar Tauke memulakan bicara.

“Insyallah, kami merancang untuk berkahwin sekitar tahun depan andai kata tiada aral melintang. Lagipun, kedua-dua pihak keluarga sudah mengenali satu sama lain.”
Mira yang kini berumur 23 tahun tahu dengan kontroversi yang pernah melanda Tauke, namun dia tidak ambil kisah.

“Saya tak kisah dengan kontroversi yang melanda Tauke, saya terima dia seadanya,” kata Mira yang bekerja sebagai model sambilan.sumber

3 ulasan:

Adean berkata...

Akhirnya.Tahniah buat Tauke

kak zmah berkata...

Tahniah

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat isteri & anak2 tauke...

(Kenapa lah makin ramai pompuan yg suka rampas suami orang?)

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/