Rabu, 9 November 2011

Kad Kawin Zahiril Adzim(Juvana) dan Shera Aiyob-Pink Colour Lagi

Pelakon drama Juvana, Zahiril Adzim bakal menamatkan zaman bujangnya bersama hos Wanita Hari Ini, Shera Aiyob di kediaman pengantin perempuan bertempat di Ipoh pada 20 November ini. Majlis bermula seawal 9.30 pagi ini menyaksikan Zahiril Adzim akan melafazkan akad nikah diikuti dengan majlis persandingan pada waktu tengah hari pula.


Majlis persandingan akan berlangsung pada hari yang sama di Kinding Hills Grand Ballroom dengan anggaran jemputan berjumlah 1000 orang. Majlis sambut menantu bagi pihak Zahiril pula akan berlangsung di Shah Alam. Difahamkan, kedua-dua mempelai ini akan memperagakan baju rekaan Hatta Dolmat di hari berbahagia kelak. ohbulan


Tiada ulasan:

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/