Jumaat, 11 November 2011

Kejam!-Mayat kanak-kanak didera ditanam di belakang rumah

Laporan polis oleh seorang wanita membawa kepada penemuan mayat anak perempuannya berumur 2 tahun yang ditanam di belakang rumahnya, di Taman Kwang Tong, Lobak Seremban dekat sini, 4 November lalu.
Kanak-kanak di dera dan ditanam
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, wanita berumur 27 tahun itu mendakwa anaknya didapati dalam keadaan nazak dan tidak bermaya di rumah berkenaan, pada tengah hari 3 Julai lalu.

"Menurut wanita terbabit, terdapat kesan lebam dan luka pada seluruh tubuh kanak-kanak malang itu dipercayai akibat didera secara fizikal oleh teman lelakinya.

"Lelaki berkenaan dikatakan membawa anak perempuan wanita terbabit ke bahagian belakang rumah untuk ditanam, kira-kira jam 1 pagi keesokannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) negeri di sini, semalam.

Katanya, wanita terbabit tidak berani membuat laporan lebih awal kepada pihak berkuasa kerana suspek mengugut akan mengancam nyawanya dan telefon bimbitnya turut dirampas.

"Bagaimanapun, ibu mangsa akhirnya berjaya melarikan diri dari rumah yang didiami bersama suspek sejak awal tahun ini untuk membuat laporan mengenai kejadian itu.

"Suspek dipercayai sering bertindak kejam mendera mangsa secara fizikal dan wanita terbabit turut dipukul apabila cuba menghalang," katanya.

Osman berkata, lelaki terbabit masih belum dapat ditangkap dan dia dipercayai telah melarikan diri keluar dari negeri ini.
Dapatkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja seperti novel, komik dan sebagainya di PTS

6 ulasan:

Honey Liyana berkata...

Napa la mnusia akhir zmn smkin kejam.... Cian bdk 2..

Jendela Hati berkata...

aduh kesiannya... bdk kecik diperlakukan mcmnie...

FaKArePa!n berkata...

dera blik binatang tu sampai mati..

ct N honey berkata...

@Honey Liyana
mmg kejam,senang2 aje bunuh orang

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
emak dia pun tak boleh buat apa,dia pun kena dera gak

ct N honey berkata...

@FaKArePa!n
hrp cpt2 boleh tangkap dia,gantung aje

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/