Rabu, 30 November 2011

Lisa Surihani Dapat Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri UMNO 2011

Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, sebentar tadi.(Rabu, 30.Nov. 2011)
Lisa Surihani bersama dengan Anugerah  Pencapaian Khas Puteri UMNO
Lisa Surihani sedang menerima Anugerah Pencapaian Khas Puteri  UMNO
Lisa Surihani di Majlis Perhimpunan UMNO 2011
Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.
  Lisa Surihani Mohamed menerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri Umno 2011
Kata Lisa “Saya terkejut apabila menerima surat yang memaklumkan mengenai anugerah ini. Saya nampak ia sebagai sesuatu yang positif bahawa seseorang boleh melanjutkan pelajaran dan menceburkan diri di dalam bidang seni,” katanya sambil menambah adalah terlalu awal untuk beliau mengatakan dirinya telah bersedia untuk menyertai politik. Lisa juga merupakan graduan jurusan undang-undang.sumber

5 ulasan:

Mohd Zakwan Zain berkata...

woah Lisa Surihani dpt anugerah..tahniah ..hoho
Blog Mohd Zakwan :)

minyak kelapa dara berkata...

Ingatkan anugerah filem dan dramanya..

MalizaMah berkata...

waaa hebatnya kak lisa surihani nii....
like like...

Bancik berkata...

tahniah..

Razil Tahir berkata...

huuuuu..
lisa comel... XD