Isnin, 28 November 2011

Majlis Resepsi Zahiril Adzim & Shera Di Shah Alam-(Puisi Khas Untuk Shera Dari Zahiril)

Majlis resepsi menyambut menantu untuk pengantin sebelah lelaki, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob telah berlangsung di Kelab Shah Alam, Selangor Darul Ehsan malam tadi. 
Majlis Resepsi Zahiril dan Shera di Shah Alam
Pelamin Resepsi Zahiril dan Shera di Shah Alam
Zahiril yang segak bersut tuksedo berwarna krim perak diraikan bersama isterinya yang anggun bergaun malam leret sedondon dengan sedikit bungaan manik berona ungu rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat.

Pasangan pengantin diberikan restu menepung tawar oleh keluarga kedua-dua belah pihak.
Shera menitiskan air mata apabila Zahiril membaca puisi di hadapannya
Puisi Khas untuk Shera yang dikarang sendiri oleh Zahiril
Acara memotong kek Zahiril dan Shera
Selesai upacara makan beradap dan upacara memotong kek, Zahiril memberikan kejutan khas buat isterinya disaksikan para tetamu apabila membacakan sebuah puisi yang dikarangnya sendiri. Deklamasi sajak pelakon itu diiringi persembahan muzik oleh abang pengantin lelaki.(Baca disini)
Selamat Pengantin Baru Zahiril dan Shera, Semoga Bahagia

4 ulasan:

laskar pelangi berkata...

sweetnye....

Ceritera Anak Sampah berkata...

cantiknye bju shera!

Nasuha Suhada berkata...

Zahiril Adzim tu mesti romantik kan. sweet..

Pharmalif berkata...

pergh..terharu baca puisi zahiril buat.. budak aswara memang puitis. best!

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/