Sabtu, 12 November 2011

Sah! Hattan Nikah tamatkan zaman duda dengan wanita misteri

Setelah menduda hampir enam tahun, akhirnya penyanyi Hattan selamat bernikah dengan pasangannya malam tadi (11.11.11)
Gambar terkini isteri Hattan
Samakan dengan gambar sebelah(kalau salah minta maaf ye)

Majlis yang diadakan secara tertutup tetapi meriah dihadiri hampir 100 keluarga terdekat dan sahabat handai penyanyi berkenaan.

Dengan hanya sekali lafaz, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Rendang Tak Berbuah itu selamat dinikahkan selepas solat Isyak di kediaman keluarganya di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Hattan mengucap syukur dapat disatukan dengan wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar suami. Bagaimanapun Hattan belum bersedia memperkenalkan isteri barunya yang berusia awal 30-an itu.

"Bila tiba masa yang sesuai baru saya akan perkenalkan dia," kata Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Shahabudin.

Turut menyaksikan majlis tersebut, anak tunggal Hattan, Adam Iman, 13, dan beberapa rakan artis rapat yang lain.Gambar dari  mforum.cari dan  mynewshub

7 ulasan:

Hilmi Razali berkata...

wah ! hattan dah kawin ! tahniah !

rebellion berkata...

wanita misteri..seram sejuk dengar...wakaka

NzA berkata...

tahniah..akhirnya kawin juga abg b*t*k nie...hi...

FaKArePa!n berkata...

Selamat pengantin Baru !!!

ct N honey berkata...

@Hilmi Razali
duda rock

ct N honey berkata...

@rebellion
susah sgt nak tunjukkan muka isterinya

ct N honey berkata...

@NzA
botak hsome

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/