Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Ahad, 13 November 2011

Sinopsis (penuh) dan Pelakon Drama Bunga April - Slot Samarinda TV3

Saksikan kisah suka duka dua beradik lelaki yang sentiasa berdepan pelbagai ujian dan taktik kotor daripada musuh lama keluarga yang tekad melihat mereka kecundang menerusi drama terbaru dalam slot Samarinda, Bunga April.
Bunga April-Slot Samarinda TV3
Bunga April ialah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan HNJ Picture Sdn Bhd. Hasil  nukilan dan arahan Along Kamaludin ini dijayakan barisan pelakon hebat termasuk Tasha Shila, Shahz Jaszle, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya.
 Pelakon utama Bunga April-Tasha Shila, Shahz Jaszle, Zack X-Factor
Sinopsis Drama Bunga April
Bunga April menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi diwarisi Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.

Johar, anak tiri Tan Sri Azmi, hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan dibuat Puan Sri Hamidah.

Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp dan syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.

April anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas dimiliki April.

Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Jangan lupa menyaksikan Bunga April yang bersiaran 25 episod, setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Samarinda  di TV3 bermula 22 Nov 2011.




2 lebah buat bising:

Cik Muda Sae berkata...

cam menarikkkkkkkk je cita neh...mmmmm~

Tanpa Nama berkata...

mmg mnarik p0n,,,xp tbe2 wat stiap ari kamiz......da la ari kamiz...setengah jam lak uh..huh!!