Ahad, 6 November 2011

Sinopsis Telefilem Kekasih Awal dan Akhir-Arahan Pertama Aaron Aziz

Namanya melonjak popular setelah membintangi drama bersiri yang mencetuskan fenomena iaitu Nora Elena. Terbaru, Aaron Aziz buat pertama kalinya, beliau mengarahkan sebuah telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd. Skrip telefilem ini pula ditulis isterinya, Dayana Halik.
“Saya ambil masa tujuh hari untuk penggambaran drama ini. Bayangkan pada masa sama, saya juga berlakon dengan produksi lain. Sebenarnya isteri saya yang serahkan kertas kerja ini kepada TV9 pada awal tahun dan ia diluluskan pada Julai lalu.

Selepas itu, kami berbincang untuk mencari gandingan pelakon paling mantap. Ketika itulah saya teringat ramai yang bertanya bila saya nak berganding semula dengan Saleha selepas Nora Elena. Fouziah pula saya pilih kerana nampak lakonannya semakin matang selepas berlakon filem Rasuk dan drama Tahajjud Cinta. Saya pernah bergandingan dengannya dalam telefilem Kasih Tercipta dua tahun lalu,” kata Aaron Aziz.

Tambahnya, skrip drama ini ditulis Dayana yang mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkannya manakala dia banyak membantu dari sudut lakon layar bagi menghasilkan karya menarik.

“Insya-Allah kalau diberi peluang lagi, saya akan hasilkan drama lain tapi nak fokus pada suspen thriller pula. Idea memang banyak, tapi saya lebih fokuskan pada drama ini sebagai ‘anak sulung’. 

Aaron juga bertanggungjawab memasukkan lagu tema drama ini apabila menampilkan lagu Tiba Masa nyanyian Sleeq dari Singapura. Mereka juga akan menghasilkan mini album selepas ini di bawah syarikat miliknya. Semua ini dilakukan kerana Aaron mahu membalas budi mereka yang sering bekerjasama dalam projek syarikatnya di Singapura.

SinopsisTelefilem Kekasih Awal dan Akhir
‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

Cara mendapatkan Internet lebih laju

Tarikh : 9 November 2011, 8.30 malam di TV9
Lakonan : Aaron Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha Dian P Ramlee, Zulkifli Ismail, adik Syazana dan Den Sabari

OST Telefilem Kekasih Awal Dan Akhir-Tiba Masa (SLEEQ)

Tiada ulasan: