Jumaat, 18 November 2011

Trailer dan Sinopsis Filem Sesuatu Yang Tertinggal-Lakonan Zahiril Adzim & Shera Aiyob

Filem akan datang keluaran Grand Brilliance yang dibintangi oleh Zahiril Adzim, Shera Aiyob, dan Sara Ali. Di pawagam 5 Januari 2012. Filem ini arahan Azrulhisyam (Black)
Sinopsis Filem Sesuatu Yang Tertinggal
Filem seram ini mengisahkan enam orang penghuni rumah anak yatim, Arshad (16), Mona (15), Zakiah (15), Ashraf (11), Daud (10) dan Murni (9) yang melalui satu pengalaman yang menghantui mereka ketika menetap di sebuah rumah lama.

Cerita bermula apabila mereka dan penghuni-penghuni Rumah Anak Yatim Setia harus berpindah ke sebuah rumah yang telah diwakafkan oleh seorang lelaki. Rumah itu adalah milik arwah datuknya. Sebuah almari antik telah dijumpai oleh anak-anak yatim tersebut semasa proses pembersihan dan mereka mengambil keputusan untuk mengalihkan almari itu ke bilik yang lain.
 Zahiril Adzim, Shera Aiyob dalam Filem Sesuatu Yang Tertinggal
Semasa mereka memindahkan almari tersebut, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkan kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal menjerumuskan mereka ke ambang kemisterian. Mona pula berubah sikap.
Bella, pelajar yang sering memperlekehkan Mona di sekolah dan seorang pengawas sekolah yang menyukai Mona telah dikejutkan dengan peristiwa ngeri yang menimpa mereka. Daud pula cuba meyakinkan Arshad bahawa Mona telah dirasuk melalui penelitiannya terhadap komik-komik seramnya. Akhirnya mereka merancang sesuatu untuk memerangkap kuasa yang telah mendampingi Mona.
Lakonan Sara Ali dalam Filem Sesuatu Yang Tertinggal
Berjayakah mereka? Apakah sebenarnya yang mengganggu hidup Mona? Adakah cermin lama dan almari antik yang berada di dalam rumah lama itu saling bersangkut paut?



FB Filem Sesuatu Yang Tertinggal

2 ulasan:

Cik Muda Sae berkata...

uuu...cam seram je bunyinye...hmmmm~

FaKArePa!n berkata...

citer hantu lagi..

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/