Rabu, 23 November 2011

Trofi Yuna akan ditarik balik?-Lagu Terbaik (Penakut) Tidak Layak Menang di AIM18

Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 telah menutup tirainya.  Belum habis orang ramai bercerita mengenai kemenangan tiba-tiba lagu Penakut ciptaan dan dendangan Yuna pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang dijulang sebagai Lagu Terbaik telah menjadi kontroversi, apabila topik kemenangan lagu Penakut semakin hangat diperkatakan peminat, terutama di internet.
Trofi kemenangan Yuna di AIM18
Trofi dimenangi penyanyi bertudung pada AIM lalu itu khabarnya akandi tarik balik. Trofi berkenaan, dengar ceritanya, akan diserahkan kepada pencipta serta penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

Khabar itu juga ada menyatakan, kononnya ada kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang ditandingi. Selalunya, Lagu Terbaik akan dipilih daripada pemenang kategori Lagu Pop, Rock, Nasyid mahupun Etnik Terbaik.

Jika diikutkan, Lagu Terbaik AIM18 sepatutnya menjadi rebutan antara Sedetik Lebih yang memenangi Lagu Pop Terbaik, Pelita (Rock), Pedoman (Nasyid) dan Joget Tak Senang Hati (Etnik).

Apatah lagi lagu Penakut sebenarnya sudah pun tewas kepada Sedetik Lebih dalam kategori Pop, yang turut ditandingi Beribu Sesalan nyanyian Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah, Sungai Lui (Aizat) dan Dengarkanlah (Datuk Sheila Majid). 

Tidak mengapalah, mungkin sehari dua ini, akan ada kenyataan rasmi yang bakal dikeluarkan pihak penganjur. Kita sama-sama tunggu dan lihat nanti. Dalam hal ini, Yuna yang sememangnya nampak terkejut ketika diumumkan pemenang pada malam itu memang tidak bersalah apa-apa pun. Dia sebenarnya mangsa kepada keadaan, jika betul trofinya itu akan ditarik balik.

22 ulasan:

Cho Zila berkata...

ala kesian kat yunakan.. bukan dia yang bersalah...

SueZ berkata...

sabar jer lah, ader pulak nak main tarik2....aish....

Cik Muda Sae berkata...

ishhh malu la gitu...ape da..~

Mohd Khairi Khadzir berkata...

pihak pnganjur kne hati2 pas ni kalau nk buat kputusan kne hati2 .. pilih yg trbaik..jgn smpai org lain jd mangsa !

Razil Tahir berkata...

salah penganjur!
salah kira sesuka hati jer...
agaknya kalau oang tak kecoh2, dia biar jerr...

Syakir Rahman berkata...

ala, biarlah...bnde da lepas..artis laen yg x menang x kecoh pon.....peminat je yg lebih2...

da rezki yuna, wat pe nk tarik balik....adoi...

Tanpa Nama berkata...

setuju..sedetik lebih yg lebih berhak..

Farhana Jafri berkata...

bgus la tu klau kena tarik balik.. lagu anuar zain lagi best dr lagu ni..

Atok Cing berkata...

bia je la tari ke x tarik...bukan kita dpt untung hahaha

atiqsalleh berkata...

ada ke buat macam tue.. sepatutnya mana boleh macam tue.. tak profesional la diowg nie...

Merah berkata...

ouchh....xpatut buat camtu owh...

fieqa farhah berkata...

ish,,maner boley....lagu penakut tu mmg best dan patut menang pon

kakchik@ella berkata...

Dah lepas tu udah lar .. apsal nak tarik balik pulak. Ishhh .. nampak sgt penganjur tak professional.

♥Cik ieyza Nano♥ berkata...

buruk sikuuuu! hahahaa... :D

faizulosman berkata...

kalau dah diumumkan, tak eloklah di tarik balik... biarkan aja... anggap iarezeki yuna...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2011/11/tg2km-kembali.html

MasaMas berkata...

kalau gitu kira balik lagu Sedetik LEBIH LA. nTAH LAGU TU YG SALAH KIRA DALAM KATEGORI POP.

RARAHANA berkata...

macam tak logik je nak tarik balik, dah bagi tu bagi je la even salah kira or ape je lah. hmm, kesian yuna. benda yang lepas tu lepas je la. kalau dah tersalah pilih pemenang tuh, minta maaf sudah la. jangan la sampai nak tarik tarik piala tu balik pulak. hmm. para penganjur should be more careful next time :)

NzA berkata...

siapa yg bersalah n harus dipersalahkan....

FaKArePa!n berkata...

kalau ikut logik btol gak..

Jendela Hati berkata...

tu yg ada ternganga bila nama dia naik huhu

puanbee berkata...

alaa kesian yuna ..

Wanz Mejuez berkata...

Bukan salah Yuna pun dalam bab ni.. Salahkan penganjur dan jugak SYARAT2 yang mereka tetapkan...

Depa nak guna nama BESAR macam YUNA untuk popularkan MAJLIS GRAND tersebut tu jeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

MAKLUM lah syarat mereka tak nampak sangat WOW untuk MALAYSIA..!

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/