Selasa, 27 Disember 2011

Aduh Sayang Cerekarama TV3-Tiz Zaqyah & Remy Ishak Jadi Suami Isteri

Mesti ramai yang dah tahu hubungan percintaan Tiz dan Remy Ishak. Ianya bukan rahsia lagi dalam dunia hiburan. Bagi peminat kedua-dua pelakon ini, satu Telefilem dalam slot Cerekarama diTV3 bakal menyiarkan lakonan mereka berdua sebagai pasangan suami isteri.
 Keluarga bahagia Tiz & Remy dalam Aduh Sayang
Sinopsis Cerekarama Aduh Sayang
Aduh Sayang berkisar tentang Nani dan Shidi, pasangan suami isteri yang dikurniakan dua cahaya mata, Fateha, 4 tahun dan Fayyad, 3 tahun. Sejak mendapat cahaya mata, Nani dan Shidi sering keletihan dan tidak bermaya ke pejabat. Kadang kala ketegangan antara mereka tercetus. Keadaan ini disedari oleh ibu bapa mereka, Latiff dan Ros. Oleh itu, mereka mencadangkan agar Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama mereka selama seminggu supaya mereka boleh berehat.
Tiz & Remy sebagai suami isteri dalam Aduh Sayang
Nani dan Shidi bersetuju lalu Fateha dan Fayyad ditinggalkan bersama nenek dan datuk mereka. Walaupun merindui anak-anak, Nani dan Shidi kelihatan lebih tenang dan bersemangat di tempat kerja kerana mendapat rehat yang secukupnya sejak ketiadaan anak-anak mereka.
Cerekarama TV3-Aduh Sayang
Namun, mereka dikejutkan dengan berita penjaga rumah asuhan tempat mereka menghantar anak telah ditanggap kerana terlibat dengan sindiket menjual budak…
Tiz sebagai Nani dalam cerekarama TV3-Aduh Sayang
Pelakon yang menjayakan Aduh Sayang terdiri dari  Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Rahim Omar, Fatimah Abu Bakar.

Slot Cerekarama bertajuk Aduh Sayang ini akan bersiaran pada 31 Disember, 9.00malam di TV3.sumber

15 ulasan:

::CIK LYNN:: berkata...

msti bes n sweet je cter ni...=)

Suzie berkata...

mcm best jer...harap2 jgn la terlupa pula kang

shanas ishak berkata...

mesti best ni !
tiz zaqyah plus remy pulak tuu


jom komen entry baru:

http://shanasituaku.blogspot.com/2011/12/bicara-dengan-dia.html

Farah Shamsudin berkata...

mesti bestkan cite ni.. pasti kena tengok.

Huda berkata...

tak sabar nak nengok citer ni..

Boyz_ed berkata...

Xsbr nk tngok cite too nnti . Btw , I need some tips . Have some ? Alexa tips , please . Rendah gila awk punya Alexa rank . :D

Alieza Dayasari berkata...

nk tgk nnt.. hope tak lupa lah.... jgn ada apa2 program. nk tgk mereka ni berlakon... hihok....

ct N honey berkata...

@::CIK LYNN::
jgn lupa tgk nanti

ct N honey berkata...

@Suzieh
mlm ni jgn lupa

ct N honey berkata...

@shanas ishak
mesti seronok tgk mereka berlakon jadi suami isterikan

ct N honey berkata...

@Farah Shamsudin
saya pun x ssbar nak tgk

ct N honey berkata...

@Boyz_ed
saya pun bkn pandai sgt ttng alexa ni.tapi klu ikut pengalaman kena up date selalu.klu boleh 3 entry sehari dan pastikan sehari kita dpt lebih 1k pengunjung.dulu saya dpt 152 sekarang ni dah naik sbb dah mls nak up date blog.tak tahulah ini betul atau tidak caranya cam tu.hrp dpt membantu

ct N honey berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ct N honey berkata...

@Huda
pastikan tiada program lain ye

ct N honey berkata...

@Alieza Dayasari
x pegi menyambut tahun baru ke?

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/