Sabtu, 31 Disember 2011

Chef Wan Tutup Akaun Facebook Elak Kontroversi

Sikap jujur Chef Wan memberikan komen pedas didalam Maharaja Lawak Mega telah mendapat perhatian dari para peminat program tersebut & tidak kurang juga komen balas dari para peserta MLM sendiri.


Yang lebih menghangatkan lagi bila Pengisytiharan perang Facebook terhadap Chef Wan oleh Adlin Aman Ramli telah menjadi kemuncak dalam Maharaja Lawak Mega 2011. Sehari sebelum pertandingan akhir Maharajalawak Mega keluar pula  komen positif dari Afdlin Shauki (Boboi) yang di’keluarkan juga menerusi satu kenyataan Facebooknya.

Hasilnya, ketika peringkat akhir Maharaja Lawak Mega yang baru tamat malam tadi, Chef Wan di’lihat tidak begitu agresif memberikan komen.

Ketika di temui di sidang media selepas tamatnya acara, Chef Wan mengakui yang malam ini beliau rendahkan sedikit nada komen beliau kerana diminta pihak Astro sendiri selain tidak mahu lagi terlibat dengan kontroversi.

Chef Wan turut mengeluarkan kenyataan mengejutkan dengan berkata yang perkara pertama beliau akan lakukan siang nanti adalah untuk menutup halaman Facebook rasmi beliau.

“Saya sudah penat melayan komen komen rakyat Malaysia yang judgemental ini, mereka sebenarnya peminat hiburan yang keliru dengan apa yang mereka mahukan. Dan, berdiam mungkin lebih baik selepas ini,” ujar Chef Wan.

 Akhirnya lebih kurang pukul 9.00 pagi Chef Wan menulis di Wall mengenai menutupan akaun  Facebook beliau.


8 ulasan:

Alan Rizque berkata...

Kesiannya..sebab mulut imej sedikit terjejas..mungkin dia telah menjalankan tugas dia kot tetapi disalah erti peminat..

ct N honey berkata...

@Alan Rizque
kadang2 cara kita sampaikan kata2 tu mungkin orang tak boleh terima,tapi sebenarnya bukan niat nak mengutuk pun

pena rozie berkata...

Tutup ajer kalau banyak keburukan dari kebaikan

Cik tikah berkata...

tengok, itulah jalan yg terbaik. tutup je fb. x cri masalah dgn org :)

ct N honey berkata...

@pena rozie
mungkin itu yg chef wan rasa sekrang ni,byk keburukan nya

ct N honey berkata...

@Cik tikah
kesian pulak dgn peminat setianya.

iMBobo berkata...

bagus juga dia tutup akaun fb die..kalau tak, macam2 benda dia tulis..huhu

ct N honey berkata...

@iMBobo
alamak...dia tak jadi tutuplah

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/