Sabtu, 17 Disember 2011

Luahan Hati Ibu Bapa Ariff Alfian Rosli- Pelajar Tajaan PETRONAS & Gay Melayu berkahwin di Dublin

Sekarang ini semua kecoh tentang cerita Ariff Alfian, seorang pelajar yang di laporkan hilang dan sekarang ini dikhabarkan telah berkahwin dengan seorang Gay. Yang lebih menyedihkan apakah status agamanya sekarang. Bagi mereka yang ingin mengenali Ariff Alfian Rosli baca luahan hati ibu bapanya di bawah.
Ariff Alfian Rosli pelajar tajaan Petronas 
Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.

Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.

Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.

Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).

"Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008)," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia.

Menurutnya, meskipun demikian, Ariff tidak dapat menamatkan pengajiannya pada waktu ditetapkan iaitu pada 2008 dan perlu menyambung beberapa semester di universiti terbabit.

Malangnya, kata Rosli, Petronas enggan menaja perbelanjaan Ariff yang menelan kos lebih 38,000 Euro (RM160,000) setahun pengajian akademik dan kos sara hidup manakala dia pula tidak mempunyai cukup wang untuk menampungnya.

"Berikutan masalah kewangan, saya sarankan Ariff agar menyambung pengajiannya di Malaysia tetapi dia enggan kerana berazam hendak lulus dari UCD dan bermula daripada situ hubungan kami terjejas. Sehingga sekarang, saya dan isteri gagal bertemu Ariff dan menghubunginya walaupun telah mencuba pelbagai usaha sejak tiga tahun lalu," katanya.

Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama.
Majlis perkahwinan Ariff Alfian Rosli di Dublin
"Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula," ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.

Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu. utusan.com

  Kenapa anda mesti mendapatkan iphone4-Klik disini

Baca lagi Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin di sini
Koleksi Gambar Perkahwinan Ariff Alfian Rosli dan Jonathan di sini

12 ulasan:

Myvitrd berkata...

sedih tengok anak melayu jadi macam ni

Lizan berkata...

ya allah kesiannya parents dia

deqlis berkata...

mmg amat menyedihkan laa

LynnDamya berkata...

tak guna punya anak, sanggup buat mak ayah macam tu !

Mama Zharfan berkata...

memalukan umat islam :( nama malaysia pun tercemar gak selain nama mak bapak budak tu

Kak Ezzah berkata...

Ishhh...pakai baju melayu plak tu..geramnya...apa maksud dia berpakaian sedemikian?

Tanpa Nama berkata...

semoga beliau bertaubat dan kembali ke pangkal jalan....

kak ina kl berkata...

semuga beliau dapat di hubungi oleh orang kita dan di beri panduan dan hidayah darinya

sabree hussin berkata...

kita yang masih lagi belum tersesat ni.. ambil la pengajaran. Jangan join sekali

zahidahwahid berkata...

baru sempat baca full story tentang benda ni....

JungRara berkata...

nak buat pa per pun, fikir la mak bapak kan...

Tanpa Nama berkata...

saya mendoakan agar dia bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Ya Allah bukakanlah pintu hatinya dan ringankanlah beban ibu bapanya.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/